Figos Memberi Nafas Baru Buat Pemain Futsal Malaysia

Jenama Figos tidak asing lagi bagi peminat-peminat futsal tempatan. Bermula dari bawah kini Figos tidak perlu lagi diperkenalkan. Jenama ini kita sering kelihatan di kejohanan futsal amatur di seluruh Malaysia sebagai penaja rasmi terutama bola futsal mereka menjadi bola rasmi kejohanan.

Produk demi produk mereka menghasilkan demi memberi kepuasan kepada para pemain. Kini mereka hadir dengan 3 produk kasut terbaru iaitu Sala High, Pro Sala 3 dan juga Pro Qatto 3. Permintaan yang tinggi diberikan oleh peminat futsal membuatkan Jenama Figos terus bertahan dan mereka sering menambah baik produk mereka bagi kepuasan pemain.

Kini pihak Figos dengan kerjasama Arena Futsal Malaysia telah membawa satu inisiatif dengan menaja pemain di setiap negeri sebagai duta bagi syarikat Figos. Pihak Arena Futsal Malaysia telah diberi kepercayaan untuk memilih pemain yang berkebolehan bagi ditaja oleh pihak Figos.

Harap semua pemain yang ditaja dapat beraksi dengan lebih bersemangat dan berkeyakinan tinggi dengan produk Figos.

Senarai Pemain yang ditaja Figos :-

Muhammad Ameer Shafeeq – Terengganu
Mohd Faizal Amri – Kedah
Mohd Faizal Abdul Rahman – Sabah
Hamizan Abdul Halim – Sarawak
Mohamad Al – Afiq – Kelantan
Muhammad Fahmi – Pulau Pinang
Izuwan Shah – Kuala Lumpur
Fazlee Salleh - Negeri Sembilan