Felda United Wanita Langkah Kanan

Pasukan Felda United wanita membuka tirai LFK 2018 dengan langkah kanan apabila berjaya membawa 6 mata di aksi minggu pertama.

Mereka cemerlang menewaskan 2 pasukan pilihan, Perak 4-1 dan Selangor United MPSJ, 3-1.

Menurut Kapten pasukan Felda United, Farah Najihah atau dikenali dengan panggilan Gjie, dia gembira dan berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan rakan sepasukannya.

 

 

Pada awalnya agak sukar untuk menembusi barisan pemain Perak dan Selangor United MPSJ, namun kesemua pemain berjaya adapt dengan cepat taktikal yang digunakan sekaligus berjaya memenangi dua aksi ini.

Selepas ini skuad kendalian Azhar Harun ini akan menanti cabaran KL Imigresen FC dan Sabah.

“Untuk aksi menentang KL Imigresen dan Sabah nanti adalah lawan yang sama kuat jugak, tiada istilah ‘boleh’ tiada istilah ‘menang mudah’”, kata Gjie tentang lawannya nanti.

Bertanya mengenai target pasukan Gjie berharap untuk mencapai kejayaan sebagai johan pada tahun ini. Perjalanan masih jauh dan dia berharap kesemua pemain dapat kekalkan prestasi dalam setiap perlawanan yang akan dihadapi nanti.”