Felda United vs Pahang Perlawanan Tumpuan Minggu ini

Pertemuan aksi pembukaan LFK 2017 bagi kategori lelaki minggu ini menjadi pilihan dimana pasukan Felda United akan menentang Pahang pada esok hari jam 10.30 pagi.

Seperti kita tahu kedua-dua pasukan ini berkongsi 9 mata dan berada di kedudukan pertama, kedua liga namun kelebihan buat pasukan Felda United kerana mempunyai baki satu perlawanan.

Jika dilihat dari perlawanan kedua-dua pasukan sebelum ini, corak tektikal yang berbeza digunakan dan bagi perlawanan esok pasti mereka akan lebih berhati-hati untuk menyerang mahupun bertahan memandangkan kedua-dua pasukan ini mempunyai para pemain yang berpengalaman.

Menurut ketua jurulatih pasukan Felda United, Addie Azwan beliau berharap agar pemain terus fokus dan tidak cepat berpuas hati serta tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan mereka minggu lepas.

"Kami menghadapi sedikit kesukaran apabila ada 5 pemain yang tidak berada dalam tahap kecergasan yang sepenuhnya. Bagaimanapun itu bukan satu alasan dan pertemuan dengan pasukan Pahang nanti kami perlu berhati-hati menentang mereka," kata Addie.

Selain daripada dua pasukan ini tidak dilupakan pasukan ketiga yang turut berkongsi mata bersama Felda United dan Pahang iaitu pasukan Melaka. Melaka sudah pasti turut mencari 6 mata penuh untuk menjarakkan kedudukannya bersama pasukan lain.

Pasukan Melaka yang dibimbing oleh coach Isa Rahim akan bertemu pasukan KL TPD dan T-Team bagi minggu ketiga ini.

Semoga berjaya buat kesemua pasukan pada aksi minggu ini.