Felda United Berputih Mata

Pasukan Felda United yang hampir memenangi Kejohanan Futsal Kelab AFF terpaksa berputih mata setelah tewas pada perlawanan akhir menentang pasukan IPC Pelindo dari Indonesia dengan jaringan 5-3.
Felda United telah memenangi dua perlawanan pertama iaitu menentang Libido FC dengan jarigan 6-2 dan menang ke atas pasukan Hai Phuong Nam dengan jaringan 6-4 terpaksa akur dengan keputusan perlawanan akhir dan sekaligus menempatkan mereka di kedudukan kedua sebagai naib johan.

Perlawanan yang sengit diantara kedua-kedua pasukan ini namun hanya beberapa kesilapan para pemain Felda United dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan lawan. Ketangkasan penjaga gol pengalaman iaitu Yos Adi banyak membantu pasukan IPC Pelindo di perlawanan akhir ini.

Menurut ketua jurulatih Felda United yang dipetik dari laman web Persatuan Bola Sepak Indonesia, beliau berkata bahawa mereka lebih layak untuk memenangi perlawanan akhir itu namun para pemain tewas dari segi mental di babak kedua.

Kami juga difahamkan bahawa mutu pengadilan kejohanan tersebut amat teruk sekali hingga menyebabkan beberapa insiden kurang menarik terjadi ketika perlawanan berlangsung. Malah kawalan keselamatan juga tidak dipandang serius oleh pihak penganjur apabila para penyokong tempatan hampir memukul beberapa pemain Felda United.

Sebagai naib johan Kejohanan Futsal Kelab AFF 2015 ini pasukan Felda United berjaya membawa pulang pingat emas dan jugai wang tunai USD 2500. Pengalaman di kejohanan ini pasti dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak pengurusan dan para pemain Felda United demi meningkatkan mutu permainan.
Bagi Kategori wanita pula pasukan Felda United hanya berada di kedudukan terakhir kumpulan apabila mereka tewas pada kesemua perlawanan. Pasukan Thai Son Nam dari Vietnam telah menjuarai bagi kategori wanita.