Fasa Kelima Latihan Skuad Kebangsaan

Fasa ke-5 latihan pusat skuad kebangsaan akan bermula esok 1 hingga 6 Julai 2015 menyaksikan 3 pemain daripada fasa sebelum ini disingkirkan antaranya ialah penjaga gol Melaka, Mohd Rahimi Abdul Shatar, ayam tambatan MPSJ Selangor Muhammad Afif Asyraf Muhd Halil dan Ridhwan Zainal dari Kuala Lumpur MK.

17 lagi pemain yang berada di dalam skuad fasa ke-4 dikekalkan manakala saringan terakhir akan dilakukan bagi menyingkirkan 3 lagi pemain dan akan menyaksikan hanya 14 orang pemain yang akan terpilih bagi menggalas tanggungjawab di Kejohanan Piala Futsal Komanwel 2015 di Wellington, New Zealand pada 10 hingga 12 Julai nanti. Kejohanan sulung ini turut membabitkan tuan rumah New Zealand, Australia dan Vanuatu.

Jurulatih skuad negara, Marcelo Serpa berdepan misi sukar apabila Australia turut berada di dalam kejohanan tersebut. Status Australia selaku pasukan ke 28 ranking dunia berbanding New Zealand di kedudukan 71 dan Vanuatu ke 82 sudah pastinya skuad bimbingan Rob Varela yang pernah menewaskan Malaysia di perlawanan akhir OFC Futsal Championship 2013 akan menjadi ancaman terbesar bagi skuad negara untuk menjuarai edisi sulung ini.

Namun, berbekalkan kualiti serta corak permainan yang kian bertambah baik ini sudah semestinya semua pemerhati serta peminat futsal tanah air menyimpan harapan yang menggunung agar skuad Marcelo Serpa yang kini di tangga ke 66 ranking dunia dapat mempamerkan bisa sebenar untuk terus menjulang pasukan negara bagi terus bersaing hebat di arena futsal antarabangsa. Persefahaman yang utuh dan skill yang dimiliki pemain berserta percaturan hebat dari jurulatih kelahiran negara samba ini mampu merencanakan sesuatu yang mendatangkan impak positif buat futsal negara kita.

Berikut adalah senarai yang dipanggil untuk latihan pusat fasa ke-5 ini :

1. Ahmad Fawzul Hadzir (Felda United)
2. Saiful Nizam Mohamad Ali (Felda United)
3. Azrul Hadi Mohd Taufiq (Felda United)
4. Muhammad Fitri Muhammad Yatim (Felda United)
5. Qaiseer Heshaam Abdul Kadir (Felda United)
6. Muhammad Akmal Yazadh Amri (Felda United)
7. Saiful Aula Ahmad (Selangor)
8. Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin (Selangor)
9. Muhammad Shamar Fadzil (Melaka)
10. Amar Ashraf Abu Bakar (Kedah)
11. Mohd Shahmi Abdullah Sani (Kedah)
12. Mohd Firdaus Razali (MPSJ Selangor)
13. Syed Aizad Daniel Syed Nasir (MPSJ Selangor)
14. Muhammad Shamsul Akmar Zamri (MPSJ Selangor)
15. Mohd Noor Azrin Adnan (Kuala Lumpur MK)
16. Akmarulnizam Mohd Idris (Pahang)
17. Mohd Ridzwan Bakri (Sabah)

Jadual perlawanan yang melibatkan aksi Malaysia di Piala Futsal Komanwel 2015 di Wellington :

1) Vanuatu lwn Malaysia
10 Julai 2015 ( Jumaat )
4.30 Petang*

2) New Zealand lwn Malaysia
11 Julai 2015 ( Sabtu )
2.30 Petang*

3) Malaysia lwn Australia
12 Julai 2015 ( Ahad )
2.30 Petang*

*Waktu Malaysia