Fasa Keempat Latihan Skuad Futsal Kebangsaan

Fasa keempat latihan pusat skuad kebangsaan akan dimulakan pada hari ini dengan seperti dijangka pemain dari Felda United menjadi wakil paling ramai yang dipanggil untuk latihan pada kali ini.

Latihan yang diadakan di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam sehingga 28 Jun ini merupakan persiapan awal bagi anak buah Marcelo Serpa menghadapi Piala Futsal Komanwel yang berlangsung di Wellington, New Zealand pada 10 hingga 12 Julai 2015 nanti.

Berdasarkan dari senarai pemain yang dipilih, hanya Qaiseer Heshaam, Shamsul Akmar dan Afif Asyraf yang kembali dipanggil untuk skuad kali ini manakala selebihnya adalah pemain-pemain yang disenaraikan pada fasa ketiga sebelum ini.

Namun apa yang menarik adalah pemain muda sedang meningkat naik iaitu Syed Aizad Daniel yang terus mendapat kepercayan Marcelo Serpa untuk fasa kali ini. Ketenangan pemain "kidal" ini menjadi bualan hangat ketika siri lawatan persabahatan di Bangkok. Beliau telah menjadi duri dalam daging ketika menewaskan Chonburi FC dengan keputusan 5-4. Semoga pemain ini dan rakan sepasukan dapat terus mempamerkan aksi cemerlang bagi mencuri perhatian Marcelo Serpa untuk mendapat tempat pada fasa berikutnya yang akan diadakan 1 hingga 6 Julai nanti.

Berikut adalah senarai penuh pemain yang dipanggil untuk latihan pusat skuad kebangsaan kali ini:

1. AHMAD FAWZUL HADZIR (FELDA UNITED)
2. SAIFUL NIZAM MOHAMAD ALI (FELDA UNITED)
3. AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ (FELDA UNITED)
4. MUHAMMAD FITRI MUHAMMAD YATIM (FELDA UNITED)
5. QAISER HESHAAM ABDUL KADIR (FELDA UNITED)
6. MUHAMMAD AKMAL YAZADH AMRI (FELDA UNITED)
7. SAIFUL AULA AHMAD (SELANGOR)
8. MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN (SELANGOR)
9. MOHD RAHIMI ABDUL SHATAR (MELAKA)
10. MUHAMMAD SHAMAR FADZIL (MELAKA)
11. AMAR ASHRAF ABU BAKAR (KEDAH)
12. MOHD SHAHMI ABDULLAH SANI (KEDAH)
13. MOHD FIRDAUS RAZALI (MPSJ)
14. SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR (MPSJ)
15. MUHAMMAD AFIF ASYRAF MUHD HALIL (MPSJ)
16. MUHAMMAD SHAMSUL AKMAR ZAMRI (MPSJ)
17. MOHD NOOR AZRIN ADNAN (KUALA LUMPUR MK)
18. MOHD RIDHWAN ZAINAL (KUALA LUMPUR MK)
19. AKMARULNIZAM MOHD IDRIS (PAHANG)
20. MOHD RIDZWAN BAKRI (SABAH)