Fahmi Bintang Muda Pulau Pinang

Muhamad Fahmi Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Famy mula meniti di bibir orang ramai ketika membawa nama pasukan Pulau Pinang menjuarai acara Futsal di Sukma 2013 Kuala Lumpur. Ketangkasan pemain muda ini terus memberi kesukaran pihak lawan untuk melepasi benteng terakhir pasukan beliau.

Karier beliau bermula dengan bola sepak dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Namun ketika beliau berumur 13 tahun bermula sentuhan pertamanya dalam arena futsal. Disebabkan perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru tidak disangka bahawa futsal bakal menjadi satu karier buat pemain ini.

Pasukan Court Fire, FC5 menjadi pasukan pertama yang member peluang buat Famy untuk mengasah bakat beliau dalam arena futsal ini dan kini beliau juga bermain buat pasukan Kelab Futsal Jalan Mengkuang dan menyertai beberapa kejohanan futsal amatur sekitar Pulau Pinang dan Malaysia.

Bakat yang ada oleh pemain ini terus menarik minat jurulatih apabila penjaga gol berumur 23 tahun ini diberikan peluang untuk mewakili pasukan Pulau Pinang di  Liga Futsal Kebangsaan pada tahun 2009. Ketika ini pasukan itu dikendali oleh Hasnizam Hashim. Walaupun masih muda ketika itu namun peluang yang diberikan kepada Famy dimanfaatkan sepenuhnya. Tunjuk ajar yang diberikan oleh Hasnizam Hashim banyak membantu beliau dan kini corak permainan beliau tampak semakin baik dan matang.

994240_661904397172909_1859155841_n

2011 tahun pertama acara futsal diperkenalkan di dalam Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) dan beliau terpilih untuk mewakili pasukan Pulau Pinang namun saingan pasukan itu terkandas di peringkat kumpulan. Episod baru tercipta pada tahun 2013 sekali lagi di Kejohanan Sukan Malaysia apabila beliau yang dilantik sebagai ketua pasukan berjaya membawa pasukan menjuarai acara futsal.

Selepas peroleh kejayaan tersebut Famy terus mewakili pasukan Pulau Pinang sehingga kini dan kini beliau dalam persediaan untuk ke pusingan kelayakkan Liga Futsal Kebangsaan 2016. Baru baru ini beliau juga berjaya membantu pasukan MAKSAK Pulau Pinang peroleh tempat ketiga di kejohanan sukan MAKSAK yang berlangsung di Melaka.

13012667_1260737923956217_5238818733163291601_n10898288_979915352038477_7108033648516463928_n