Fadhli Berjaya Harumkan Nama KPTM Bangi Di Liga Futsal Premier IPT

KPTM Bangi berjaya mendapatkan kembali kejuaraan di Liga Premier setelah gagal mendapatkan pada tahun lalu.

Mereka berjaya ungguli liga dengan catatan rekod 10 menang dan 1 seri dalam 11 perlawanan yang dihadapi dengan pungutan mata sebanyak 31 mata.

Namun, seorang pemain mereka, Muhammad Fadhli Jafri telah mendapat perhatian ramai apabila berjaya mendapatkan anugerah Pemain Terbaik Liga Premier tahun ini.

Fadhli merupakan pelajar Perakaunan & Kewangan di tahun ke-3 turut berkongsikan perasaannya yang terlalu gembira kerana dapat membantu pasukannya menjuarai semula Liga Premier Futsal IPT.

Menurut pemain yang berusia 23 tahun ini juga, dia kurang berpuas hati dengan pencapaian peribadinya kerana banyak perkara yang perlu diperbaiki dan dipelajari.

“Saya sangat bersyukur dengan anugerah yang diberikan kepada saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada coach saya iaitu Coach Fawzul yang mengajar saya segalanya tentang futsal seperti 'bayi yang baru lahir'”, luahnya.

Fadhli telah beraksi bersama Felda United di LFK lalu. Walaubagaimanapun, dia muncul hanya di pusingan kedua.

“In sha Allah, kalau dipanggil untuk bermain bersama Felda United semula, saya akan bermain dengan pasukan yang sama”, kongsi pemain yang berjaya meledakkan 9 gol di Liga Premier lalu.

Bertanyakan tentang haluan atau perlawanan yang dihadapinya selepas ini. Fadhli memaklumkan bahawa dia akan sertai pertandingan MASISWA di Uniten Putrajaya pada November ini.

Selain itu, dia berkemungkinan akan sertai Super 8 IPT.