Extravaganza Super Cup 2016

16 pasukan akan bertanding merebut Extravaganza Super Cup 2016  yang akan memasuki pusingan Grand Final pada hujung minggu ini. Kesemua pasukan ini adalah 4 pasukan terbaik daripada pusingan kelayakan yang berlangsung sepanjang bulan mac dan april lepas.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Extravaganza Futsal ini telah berjaya menarik perhatian pasukan-pasukan amatur terbaik dari seluruh Malaysia untuk hadir ke Perak dan menyertainya. Difahamkan sebanyak 137 pasukan telah menyertai pusingan kelayakan sebelum ini dan hanya 16 pasukan terbaik akan beraksi di pusingan grand final.

b89c7d94-261a-4275-9a27-418cab7ccc29

Menurut Ahmad Zharif Mohd Yusoff selaku pengurus pemasaran Extravaganza Futsal merangkap pihak pengajur kejohanan ini pada pusingan grand final nanti pasti satu persaingan yang menarik akan ditunjukkan oleh kesemua pasukan yang telah layak dimana kebanyakkan pasukan ini sudah mempunyai nama besar di industri futsal amatur Malaysia malah beberapa pemain kebangsaan juga turut akan beraksi di pusingan grand final nanti.

Saya berharap agar kesemua perlawanan nanti akan berjalan dengan lancar dan semoga kejohanan ini dapat juga mengeratkan ukhwah diantara semua pemain dan pengurusan pasukan” ujar Ahmad Zhariff.

Untuk makluman pusingan grand final ini akan berlangsung di Prosport Futsal Meru ,Chemor Perak. Kesemua perlawanan akan bermain di court standard (kecik) sehingga perlawanan separuh akhir dan akhir akan bermain di court bersaiz FIFA.

4a71b0cb-765d-4251-b5b5-756b31156025

Hadiah keseluruhan bagi pusingan Grand Final ini bernilai RM 15000 bakal dibawa pulang oleh empat pasukan terbaik

Pasukan yang layak.ke Grand Final Piala Extravaganza Super Cup 2016

Sirkit Bota.
Jerro Tornado A
Total 5 B
MAC FC
Jerro Tornado B

Sirkit Taiping
Total 5 A
Exito FC
BB FC
Ally FT A

Sirkit Manjung
MAC FC
SMFT
Manjung United
FVFT FT

Sirkit Ipozo
Brabus United
Tot United
Ally FT B
Milo Kickers

08bdf7cf-6393-4ac7-828e-0f03d63cedf6