EDF A dan Ally C Juara Hidup Bola Milo Sirkit Melaka

Melaka menjadi lokasi Hidup Bola Milo yang ke-10 dan telah berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan di sana.

Sebanyak 89 pasukan telah turun mengambil bahagian di Melaka yang untuk kedua-dua kategori bawah 12 dan juga bawah 16 tahun.

Bagi kategori bawah 12 tahun juara di Melaka menjadi milik pasukan EDF A yang berjaya menewaskan Baham FT 2-1 di perlawanan akhir yang sengit. Adik Danish dan Ridhwan daripada pasukan EDF A muncul wira dengan aksi cemerlang mereka dan mereka turut dinobatkan sebagai pemain dan penjaga gol terbaik.

Bagi kategori bawah 16 tahun pula, pasukan daripada Kuala Lumpur, Ally C muncul juara selepas meraih kemenangan tipis dengan pasukan Chekedizs FT 3-2.

Pemain terbaik dalam perlawanan ini diberikan kepada adik Zaim Hakim manakala penjaga gol terbaik dinobatkan kepada adik Haziq Syimim.

Keputusan penuh Hidup Bola Milo Melaka:
Bawah 12 Tahun
Juara : EDF A
Naib Juara : Baham FT
Ketiga Bersama : Ally JR & E-Lionheart

Bawah 16 Tahun
Juara : Ally C
Naib Juara : Chekedizs FT
Ketiga Bersama :RG & Cakciboo FT B