Dinesh Kunasingam Menggalas Tugas Penjaga Gol Utama KL City

Selepas kehilangan penjaga gol kebangsaan, Syafiq Hamzah yang berpindah ke Kuantan Rangers, tugas selaku penjaga gol utama pasukan KL City digalas oleh Dinesh Kunasingam.

Pengalaman yang diperoleh pada musim lalu banyak membantu Dinesh dalam persediaan saingan LFK 2018. Dinesh yang diturunkan pada dua aksi pertama KL City minggu lalu telah membuktikan pemilihan dia selaku penjaga gol utama tepat.

Aksi tangkas Dinesh berjaya menyelamatkan beberapa percubaan pihak lawan dan dia berjaya membantu KL City raih dua kemenangan, 3-2 dengan Kuantan Rangers dan juga Terengganu FC.

Berkongsi mengenai aksi mereka tempoh hari, Dinesh berkata pasukannya masih belum menunjukkan prestasi yang sebenar.

“Kami masih mencari rentak permainan dan kehadiran beberapa pemain baru yang kurang pengalaman masih cuba adaptasi dengan saingan baru ini”.

Dia mengakui bahawa tunjuk ajar daripada jurulatih mereka Coach Jerry, Deva, Rozaini dan Hasnizaam banyak membantunya dan pasukan dalam membuat persediaan dari segi fizikal dan mental pada LFK musim ini.

Bertanyakan tentang cabaran bagi musim ini, komennya, “Liga musim ini secara keseluruhanya lebih mencabar dan tidak boleh pandang rendah pada mana-mana pasukan kerana kesemuanya menunjukkan permainan yang sangat bagus”.

Selain itu. Dinesh juga memaklumkan bahawa mereka perlu mengekalkan momentum kemenangan ini serta tampak lebih yakin untuk mendapatkan keputusan yang positif pada setiap perlawanan akan datang.

Harapan Dinesh untuk pasukannya musim ini untuk perbaiki pencapaian mereka yang raih kedudukan ke-4 liga musim lalu.