Deqwan Kembali Ke Arena Futsal

Aksi tangkas Deqwan di LFK 2018 minggu pertama tempoh hari telah menarik perhatian Arena Futsal Malaysia dan juga peminat-peminat yang hadir. Deqwan atau nama sebenarnya Wan Zufirah Nasir merupakan penjaga gol untuk pasukan wanita Selangor United MPSJ.

Untuk makluman Deqwan adalah pemain rugbi kebangsaan wanita dan dia berjaya membantu pasukan Malaysia raih pingat gangsa di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

Kredit : Faiz Azizan

Sebelum dia bergiat aktif dalam sukan ragbi, Deqwan pernah beraksi di LFK pada musim 2011/2012 bersama pasukan UNIMAP dan LFK musim 2013/2014 bersama pasukan Kedah. Malah, dia turut beraksi di Liga Futsal IPT bersama pasukan UiTM FC.

Kembalinya Deqwan di arena futsal ini adalah disebabkan dorongan dan sokongan rakan-rakan yang menyuruhnya hadirkan diri ke sesi pemilihan pasukan MPSJ dan walaupun sudah lama tidak beraksi, Deqwan berjaya menarik minat coach dan terpilih untuk mewakili MPSJ.

Menurut Deqwan, antara insan yang memberi galakan untuk beliau meneruskan semula dalam arena futsal ini adalah Coach Fairuz, Coach Yanti dan pegawai pasukan MPSJ, Abang Rais.

“Masih ada lagi impian saya yang tidak tercapai di arena futsal ini, dan saya harap dapat memenuhinya di masa akan datang”, Deqwan berkata setelah disoal tentang peralihan ke sukan futsal.

Dia mengakui bahawa pada mulanya agak kekok ketika bersama rakan pasukan yang lain. Tetapi, beliau cepat menyesuaikan diri dalam pasukan.

Di aksi minggu pertama tempoh hari, Deqwan berjaya membantu pasukannya bawa pulang 3 mata apabila MPSJ menang ke atas PDRM, 4-2.

 

Semoga berjaya kami ucapkan kepada Deqwan!