Dekyah Perkuatkan Pasukan Perak

Pemain yang pernah gemparkan industri futsal tanah air di Kejohanan Futsal Wanita AFC 2015 lalu, Farahiyah Mohd Ridzuan sekali lagi membuat kejutan apabila laman sosial instagram milik Perak Futsal mengumumkan secara rasmi perpindahannya ke pasukan tersebut.

Farahiyah Mohd Ridzuan berusia 26 tahun atau nama samarannya Dekyah sebelum ini merupakan pemain Felda United sejak tahun 2013 lagi. 

Menurutnya, dia amat tertarik untuk memilih pasukan Perak sebagai pasukan baru bagi tahun ini kerana dia ingin mencari pengalaman baru.

Foto : google.com

Selain itu, dia juga ingin membina kariernya di Perak sebagai seorang pemain futsal setelah lebih kurang setahun berehat kerana mengalami kecederaan ketika hadapi perlawanan persahabatan menjelang Sukan Sea 2017 lalu.

Dekyah turut memuji pihak pengurusan pasukan Perak kerana dianggap menjalankan tugas dengan baik serta mempunyai barisan supporter yang sentiasa memberi sokongan kepada pemain.

 “Sangat menarik kerana Perak mempunyai ramai penyokong yang sentiasa ada ketika pasukan mereka beraksi. Ia merupakan sumber kekuatan dan semangat untuk semua pemain ketika beraksi” puji Dekyah. 

Pemain yang berasal dari Kelantan ini berazam untuk berusaha sehabis baik untuk mengharumkan nama pasukan yang diwakilinya kini.

Dekyah juga berhasrat untuk membantu pasukan Perak menjadi Champion!

“We just underdog that will work harder and keep fighting to be a winner”, lontarkan kata-kata akhir.