Debaran Skuad Futsal Negara Di Tashkent Kian Terasa

Impian yang dinyalakan oleh skuad futsal negara dalam misi menyinar di Kejuaraan Futsal AFC 2016 di Tashkent, Uzbekistan semakin dirasai apabila skuad negara yang berlepas ke ibu kota Uzbekistan itu sudah mula memijak tanah disana.

Anak buah Marcelo Serpa yang akan memulakan aksi pertama menentang Australia pada 11 Februari itu tidak mempunyai pilihan apabila perlu menang pada aksi sulung tersebut bagi menyemarakkan semangat serta kepaduan dalam pasukan bagi perlawanan seterusnya apabila dijadualkan menentang Jepun manakala Qatar menjadi lawan terakhir.

Ammar

Andai melihatkan pada siri perlawanan persahabatan di Qatar, Thailand dan Vietnam, para pemain mempersembahkan aksi yang terpuji dimana berjaya menyaingi keupayaan pasukan - pasukan yang berada di ranking lebih baik terutamanya Thailand dan Vietnam. Kekalahan tipis yang diraih hampir kebanyakan perlawanan ujian tersebut tidak seharusnya membuatkan para pemain alpa namun pemain perlu terus meningkatkan aksi dalam saingan sebenar nanti.

received_1225158700834325

Sudah pastinya segunung harapan disandarkan buat kepada skuad yang meraih tempat ke-3 di saingan Kejuaraan Futsal Asean ( AFF ) 2015 ini. Ketenangan Azrul Hadee Taufiq dan Mohd Firdaus Razali serta ketajaman penyudah Saiful Nizam Mohamad Ali disamping keampuhan bertahan dari Fitri Muhammad Yatim hasil kerjasama semua pemain lain yang terpilih bakal menjadi tunjang kepada aksi terbaik yang diharapkan oleh segenap pelusuk pencinta futsal negara.

Kami di Arena Futsal Malaysia mengucapkan selamat maju jaya buat pasukan futsal negara di Kejuaraan Futsal AFC ini.

Berikut adalah senarai penuh pemain yang terpilih :

1) Ahmad Fawzul Hadzir
2) Saiful Nizam Mohamad Ali
3) Azrul Hadee Mohd Taufiq
4) Muhammad Fitri Bin Muhammad Yatim
5) Muhammad Akmal Yazadh Amri
6) Muhammad Azri Rahman
7) Mohd Firdaus Ambiah
8) Amar Ashraf Abu Bakar
9) Syed Aizad Daniel Syed Nasir
10) Muhammad Afif Asyraf Muhd Halil
11) Mohd Firdaus Razali
12) Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin
13) Akmarulnizam Mohd Idris
14) Muhammad Addli Che Husin

KREDIT FOTO : AFC & Google.com