Dari UiTM untuk UiTM! Team ‘Behind’ The Team Yang Hebat.

Siapa sangka pasukan UiTM FC mampu berikan kejutan di saingan utama Liga Malaysia tahun ini. Pasukan ini yang hadir ke Liga Super buat kali pertama musim ini hadir tanpa pemain-pemain ternama serta dana yang kecil berbanding pasukan lain.

The Lions Troops mampu memberikan saingan yang boleh katakan cemerlang di penampilan pertama mereka di Liga Super. Walaupun liga berlangsung satu pusingan saja, mereka harus diberi pujian dengan berjaya meraih 5 kemenangan 2 seri & 4 tewas untuk menamatkan musim 2020 di tempat ke-6. Berkongsi 17 mata dengan pasukan gergasi Selangor di tangga ke-5.

Disebalik kejayaan ini selain daripada usaha keras para pemain kredit juga harus diberikan kepada barisan pengurusan. Kejayaan UiTM FC hadir dengan individu yang punya kelayakan dalam bidang yang cukup penting dalam pengurusan bolasepak.

Penolong Ketua Jurulatih – Wan Mustaffa Wan Ismail
(AFC A, Graduan Sarjana Muda Komunikasi Massa, UiTM)
Kiri – Jurulatih Kecergasan – Mohd Zaiham Abdul Hamid
(AFC A, Graduan Master Science Human Movement, UWA 🇦🇺, Sarjana Muda Sains Sukan, FSR UiTM)

Kanan – Penolong Jurulatih – Muhd Shahreen Nizam Sharuddin
(AFC B, Pembantu Sukan, Pusat Sukan UiTM)
Jurulatih Penjaga Gol – Irwan Jamil
(AFC A, pelajar tahun akhir e-PJJ Diploma Pengajian Sukan, FSR UiTM)
Kiri – Pegawai Perubatan – Dr Wan Mohamad Izham Wan Ismail
(MBBS 🇯🇴, Pegawai Perubatan Unit Kesihatan UiTM Puncak Alam)

Tengah – Physiotherapist – Ahmad Hanbal Raman

(Graduan Sarjana Muda Fisioterapi, FSK UiTM)

Kanan – Penolong Terapi Sukan – Wan Mohammad Eidzuddien Mohd Daut (Graduan Sarjana Muda Sains Sukan, FSR UiTM)
Kanan – Penolong Jurulatih Kecergasan – Mohammad Hafizi Salim
(AFC C, pelajar tahun pertama Sarjana Sains Sukan, graduan Sarjana Muda Sains Sukan, FSR UiTM)
Pegawai Analisa Prestasi – Fadlin Taban Pilu
(Graduan Sarjana Muda Sains Sukan, FSR UiTM)
Kitman – Muhamad Firdaus Zakaria
(pelajar e-PJJ Sarjana Muda Pengurusan Sukan, FSR UiTM)

Kejayaan mereka juga turut dibantu Pengarah Pusat Sukan UiTM, En Mustaza Ahmad yang mempunyai Masters in Sport Administration & Fasility Management dari Ohio University, USA serta Head of Sport Science and Performance, Prof Dr Raja Mohd Firhad, Graduan John Moore Universiti, Liverpool. Selain itu, mereka juga mendapatkan khidmat lagenda bola sepak negara, Reduan Abdullah, sebagai Pengarah Teknikal UiTM FC.

Melihat kepada senarai ini, bangga sebenarnya bila majoriti barisan pengurusan/kejurulatihan UiTM FC ini adalah bekas pelajar mereka sendiri dan berkhidmat semula dengan pasukan ini kami pasti ia memberikan sebuah kepuasan.

Tak sabar sebenarnya untuk melihat kemampuan pasukan ini untuk musim depan dengan kami mengjangkakan keseluruhan barisan kejurulatihan UiTM FC ini dikekalkan selepas Frank Bernhardt kekal semusim lagi bersama mereka.

Satu motivasi yang baik bila coach Frank kekal dengan pasukan ini dan menurut Presiden UiTM, Prof. Dr. Azizan Abdullah memberikan sasaran baru untuk musim 2021. Kekal dalam saingan liga dan layak ke Piala AFC.

Penulis seorang graduan UiTM juga merasa bangga dengan pencapaian pasukan Uitm FC. Semoga terus maju jaya buat UiTM FC! UiTM dihatiku.