Dari Futsal ke Arena Bola Sepak

Zaharie atau lebih dikenali dengan panggilan Black tidak asing lagi dengan arena futsal tempatan. Pemain yang berasal dari Melaka ini banyak meraih kejuaraan bersama pasukan amatur Bertam Ulu. Pasukan yang boleh dikatakan pasukan otai di Malaysia ini.

10310527_10205162972906434_6372982868775120604_n

(Zaharie Jersi No. 7)

Beliau juga pernah bermain di Liga Futsal Kebangsaan musim 2011/2012 bersama Johor FC. Pada tahun 2012 saat manis buat beliau apabila beliau dipanggil oleh barisan kejurulatihan untuk mewakili pasukan Malaysia dia kelayakan AFC di Bangkok.

936070_10205162940825632_6093508827288102760_n

Selain itu beliau telah memikul tanggungjawab sebagai ketua pasukan buat pasukan yang baru ditubuhkan iaitu pasukan futsal Melaka United di Kejohanan Jemputan Futsal Felda dan bejaya membawa pasukan menjadi naib juara. Namun menjadi tanda tanya apabila beliau tiada di senarai pemain di pusingan kelayakan Liga Futsal Kebangsaan baru-baru ini.

Pihak Arena Futsal Malaysia telah difahamkan bahawa pemain ini telah menukar karier beliau ke arena bola sepak. Wartawan kami telah menemubual pemain ini untuk mendapatkan kepastian.

Zaharie atau lebih dikenali dengan panggilan Black tidak asing lagi dengan arena futsal tempatan. Pemain yang berasal dari Melaka ini banyak meraih kejuaraan bersama pasukan amatur Bertam Ulu. Pasukan yang boleh dikatakan pasukan otai di Malaysia ini.

Beliau juga pernah bermain di Liga Futsal Kebangsaan musim 2011/2012 bersama Johor FC. Pada tahun 2012 saat manis buat beliau apabila beliau dipanggil oleh barisan kejurulatihan untuk mewakili pasukan Malaysia dia kelayakan AFC di Bangkok.

Selain itu beliau telah memikul tanggungjawab sebagai ketua pasukan buat pasukan yang baru ditubuhkan iaitu pasukan futsal Melaka United di Kejohanan Jemputan Futsal Felda dan bejaya membawa pasukan menjadi naib juara. Namun menjadi tanda tanya apabila beliau tiada di senarai pemain di pusingan kelayakan Liga Futsal Kebangsaan baru-baru ini.

Pihak Arena Futsal Malaysia telah difahamkan bahawa pemain ini telah menukar karier beliau ke arena bola sepak. Wartawan kami telah menemubual pemain ini untuk mendapatkan kepastian.

AFM : Adakah benar bahawa anda kini sudah menukar karier ke arena
bola sepak?
Black : Ya, kini saya mula berjinak-jinak kembali ke arena bola sepak.

AFM : Boleh anda kongsi bersama kami kini anda bermain dengan pasukan apa dan mengapa berhijrah ke arena bola sepak.
Black : Alhamdulillah kini saya telah mendapat tempat untuk bermain bersama pasukan Melaka United di Liga FAM yang bakal bermula tidak lama lagi. Mengapa saya berhijrah adalah kerana kerana saya belum puas dan berjaya dalam arena bolasepak dan belum ade kejayaan yang boleh dibanggakan.

AFM : Bagaimana bakat anda boleh dikesan oleh pihak pengurusan Melaka United?
Black : Pihak MUSA ada buat selection. Saya hanya pergi mencuba nasib. Alhamdulillah mungkin rezeki anak pertama saya yang baru lahir ini saya berjaya terpilih di dalam skuad coach Mat Zan ini yang rata-ratanya player muda. Saya telah diberi kepercayaan untuk bermain di posisi tengah.

AFM : Sebelum ini anda adalah kapten pasukan futsal Melaka dan pasukan Melaka telah layak ke LFK 2015. Pertama kali dalam sejarah. Satu keputusan yang susah untuk meninggalkan pasukan ini. Boleh ceritakan sedikit?
Black : Pada awalnya susah untuk saya buat pilihan antara futsal ataupun bolasepak. Setelah mendapat kepercayaan oleh pihak pengurusan dan mendapat sokongan dari keluarga saya telah memilih untuk bersama pasukan bola sepak Melaka United di Liga FAM. Selain itu kerana sudah puas bermain futsal saya memilih untuk fokus dalam bolasepak.

AFM : Adakah anda akan berhenti bermain futsal setelah mendapat tempat untuk pasukan Melaka United di Liga FAM?
Black : Saya masih akan bermain futsal kerana itu adalah sebahagian daipada hidup saya, namun mungkin tidak akan seaktif dahulu kerana saya sudah mempunyai karier baru. Selagi diberi peluang dan kepercayaan saya akan bermain. Sebenarnya karier saya bermula dari bola sepak. Sebelum ini saya pernah mewakili skuad Piala Presiden Telekom Melaka tahun 2004 dan pernah mewakili skuad Liga Perdana Melaka pada tahun 2008. Mungkin satu hari nanti saya akan buat comeback bermain futsal semula selepas ini.

AFM : Apakah harapan anda untuk diri sendiri, pasukan bola sepak dan futsal Melaka
Black : Harapan saya , adalah untuk dijauhkan daripada sebarang kecederaan dan dapat menyumbang pada pasukan untuk menempa kejayaan layak ke Liga Perdana musim 2016. Jadikan tahun 2015 yang bersejarah buat saya dan pasukan Melaka. Buat pasukan futsal Melaka semoga berjaya di Liga Futsal Kebangsaan. Saya percaya dengan penubuhan pasukan ini banyak bakat-bakat muda di Melaka dapat diketengahkan. Demi kebanggaan Melaka