DALAM DIAM PDRM FC FUTSAL BUAT ‘KERJA’

Pasukan futsal PDRM FC yang menyepi dari arena futsal kebangsaan kini dalam diam buat ‘kerja’ memantapkan pasukan bagi saingan MPFL Cuckoo 2021. Mantan juara Liga Futsal Kebangsaan 2004, PDRM FC futsal lelaki telah begitu lama sepi dari saingan tertinggi ini. Kini mereka comeback dengan penyertaan di Malaysia Premier Futsal League. Hampir 11 tahun dan kini PDRM FC dengan nafas baru menjalankan hubungan dua hala bersama syarikat Dani Futsal & Entertainment untuk memastikan pengurusan pasukan lebih baik dengan penajaan-penajaan dari entiti-entiti swasta.

Menurut sumber seramai 25 pemain akan didaftarkan untuk saingan musim ini dan mereka adalah gabungan pemain PDRM dan beberapa pemain luar untuk memperkuatkan pasukan. Rumors tersebar PDRM FC sedang memperhalusi kemungkinan membawa masuk seorang pemain import dari Portugal yang kini dalam proses terakhir pemilihan.

Antara Penasihat PDRM FC Futsal terdiri daripada Dato Yusoff Haslam, Dato Rosham Nor & En Aizul Rohan telah melantik coach yang cukup berkaliber iaitu Addie Azwan. “ Addie Azwan adalah coach yang penuh pengalaman dalam futsal tanah air. Bekas pemain kebangsaan yang mempunyai most goal dalam sejarah pasukan kebangsaan, pernah membimbing pasukan kebangsaan, Kuala Lumpur MK, Selangor FA, Kuala Lumpur FA, Felda United adalah calon paling sesuai”. Ujar sumber.

En Aizul Rohan dan Ketua Jurulatih Addie Azwan Zainal

Antara tonggak PDRM FC dalam pemerhatian kami adalah ASP Abdullah Hadi, beliau adalah pemain yang cukup dikenali dalam arena futsal amatur tanah air dengan pembabitan beliau dari usia muda bersama pasukan DANI FC. Pernah bermain di Kelayakan Futsal Kebangsaan bersama Kelantan FA pada 2018 namun gagal membawa pasukan Cik Siti Wan Kembang layak ke pusingan akhir musim tersebut.

PDRM FC juga diperkuatkan oleh pemain yang hebat dengan kepantasan dan juga dikenali sebagai pemain ‘2 jantung’ iaitu Ahmad Shafeez Ibrahim yang popular dengan gelaran Sid Hope.  Pemain berusia 32 tahun yang cukup berpengalaman pernah ‘menerbangkan’ DANI FC ke luar negara sebagai wakil Malaysia seperti Kejohanan Dunia ‘Champs To The Arena 2014 di Brasil. 

Bagi peminat futsal amatur nama DANI FC cukup disegani. Mereka adalah antara pasukan yang menguasai liga ‘haram’ kat Malaysia. Dari Utara hingga Sarawak kalau ada tournament besar mesti sampai pair Dani FC. Perancangan telah dibuat oleh DANI FC sebelum pandemik melanda bermula dari hujung 2019 adalah untuk mempersiapkan pasukan untuk saingan MPFL. Akan tetapi collaboration dengan PDRM FC adalah langkah yang tepat untuk melangkah dari pasukan amatur kepada pasukan yang bakal bersaing di peringkat tertinggi saingan futsal tanah air. 

Selamat berjuang diucapkan kepada pasukan PDRM FC bagi musim yang akan datang. Dibawah adalah senarai penuh pemain-pemain PDRM FC yang bakal didaftarkan.

  1. Mohamad Shafuan Bin Ishak
  2. Wan Muhammad Marwan Wan Mukerim
  3. Mohd Fazli Azrin
  4. Suhaimi Bin Abdul Jabar
  5. Al Hakim Bin Roslin
  6. Zulhilmi Bin Razali
  7. Abdul Hakim Mohd Radzuan
  8. Amirnor Hafiz Syahmie
  9. Nizam B Abdullah
  10.  Dick Cheny Wajli
  11.  Abdullah Hadi B Abdullah Sani
  12.  Syafiq B Jusoh
  13.  Khairol B Abedol Latif
  14.  Dzohrill Hafeeq B Ismawi
  15.  Mohd Ismail Bin Bahaudin
  16.  Nur Ariff Bin Mohd Jamili
  17.  Ahmad Shafeez B Ibrahim
  18.  Sharul Amin B Nasharuddin
  19.  Hafiz Bin Abu Zin
  20.  Rushdi B Husin
  21.  Haziq Haikal B Misti
  22.  Fauzi Abd Hamid
  23.  Amirul Asyraf B Azizan
  24.  Aidil Iman Bin Mohd Mahadi
  25.  Addin Naufal Bin Rahmad