Coach Addie Azwan Mulakan Langkah Pertama

Minggu lalu, Arena Futsal Malaysia diberi peluang bersama ketua jurulatih skuad futsal wanita negara, Coach Addie Azwan Zainal dan skuad futsal wanita negara di FAM, Kelana Jaya.

Coach Addie Azwan merupakan bekas penolong jurulatih skuad futsal lelaki kebangsaan dan kini telahpun beralih sebagai ketua jurulatih skuad futsal wanita negara.

Dia mengakui bahawa tanggungjawab yang diberikan ini sangat besar dan dia bersedia memikul cabaran ini untuk negara.

Coach Addie Azwan merupakan bekas pemain kebangsaan pada ketika dahulu dan mewakili negara dalam Sea Games 2007 di Thailand, AFF Futsal Championship 2008 di Thailand, AFF Futsal Championship 2009 di Vietnam dan banyak kejohanan lain.

Pada ketika itu, dia bersama beberapa barisan jurulatih pasukan LFK kini. Antaranya, Coach Muizzudin iaitu bekas jurulatih futsal wanita negara, Coach Chiew Chun Yong iaitu ketua jurulatih futsal lelaki negara, Mohamad Feroz Bin. AB Karnim dan beberapa pemain lain.

Semoga pengalaman bersama Coach Addie Azwan dapat membantu skuad futsal wanita di Kejohanan Futsal AFC 2018 itu nanti.

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie