Canaan FT Raja Futsal Sirkit Johor

Sabtu lalu, sebanyak 73 pasukan yang mencuba nasib di Raja Futsal Sirkit Johor.

Dalam perlawanan separuh akhir menyaksikan Habiel 66 UDFF berjaya menewaskan Raja Selatan dengan jaringan 3-0 manakala Fido Dido FT tewas kepada Canaan FT dengan jaringan 1-2, melayakkan mereka ke perlawanan akhir.

Perlawanan akhir Raja Futsal Sirkit Johor ini menyaksikan Canaan FT berjaya menewaskan Habiel 66 UDFF dengan jaringan 5-4.

Manakala di tempat ke-3 bersama diperolehi oleh pasukan Raja Selatan dan Fido Dido FT.

Selepas ini kejohanan ini akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 27 Oktober, Sabtu ini pada sirkit yang terakhir. Agak-agak siapa Raja Futsal Kuala Lumpur? Sama-sama kita nantikan.