Cabaran Sukar Perlu Dihadapi Pasukan Malaysia U20

Pengedali pasukan futsal Malaysia Chiew Chun Yong, tidak menafikan bahawa mereka berada di kumpulan yang kuat berbanding kumpulan lain di Kejohanan Futsal AFC U20 nanti.

Pasukan Malaysia U20 telah diundi berada di kumpulan A bersama pasukan tuan rumah Thailand, Iraq, Bahrain, Afghanistan dan Brunei.

Chiew Chun Yong sedar bahawa pasukannya perlu menghadapi satu perlawanan tambahan berikutan terdapat 6 pasukan di kumpulan A berbanding 5 pasukan di kumpulan lain dan ia akan memberi satu cabaran buat beliau untuk mempersiapkan para pemain dari segi fizikal, mental dan tektikal untuk menyesuaikan diri dengan jadual kejohanan yang padat.

"Saya tidak pasti apa kekuatan dan corak permainan pasukan lain namun saya akan bersedia mempersiapkan pasukan utnuk menghadapi mereka" kata beliau.

Chiew Chun Yong turut berpendapat bahawa kejohanan sulung ini adalah permulaan yang baik buat pasukan di Asia dan Malaysia.

"Ini adalah peluang terbaik untuk melihat lebih banyak bankat muda dari kejohanan ini dan saya juga dapat menilai dimana kekuatan dan tahap pasukan Malaysia U20 berbanding pasukan Asia yang lain" kata Chiew Chun Yong.