Cabaran Mizuno Quattro Challenge 2018

4 pasukan akan menghadapi saingan 4 penjuru Mizuno Quattro Challenge 2018 yang akan bermula hari ini hingga 18 Februari 2018 di IM4U Sentral, Puchong.

Pasukan yang akan terlibat dalam cabaran ini adalah pasukan Kuala Lumpur, KL City, Terengganu FC dan MSNJ (SUKMA Johor).

 

Ia dilaksanakan bagi membuat persediaan menjelang Liga Futsal Kebangsaan yang akan bermula 24 Februari depan dan SUKMA 2018.

Cabaran ini mampu memberikan ruang untuk pasukan-pasukan tersebut membuat persediaan yang rapi bagi menguji tahap keberkesanan dan taktikal pemain.

Kejohanan 4 penjuru ini akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut, dimana juaranya akan membawa pulang Piala Mizuno. Selain itu, hadiah turut disediakan kepada pemain terbaik serta penjaga gol terbaik perlawanan.

Pasukan mana yang akan memenangi Piala Mizuno, sama-sama kita nantikannya. Goodluck diucapkan kepada keempat-empat pasukan ini.