"Betul ke pasukan Mexico tu kita belasah? Team pernah layak Piala Dunia tu?".

Seperti biasa kami menerima banyak komen di media sosial Arena Futsal. Bahkan ada yang 'Direct Message' dan tak lupa juga yang sampai Whatsapp personal kepada Wak Pivot. Semuanya berkisar akan meragui apa yang telah terjadi dengan keputusan yang luar biasa pasukan futsal kebangsaan yang menewaskan Mexico 9 gol berbalas 2.

Ya! memang Mexico adalah pasukan yang pernah bermain di Piala Dunia 2012 dan layak melalui slot CONCACAF

Keputusan ini telah mendapat perhatian media-media lain seperti Harian Metro dengan artikel mereka > 'Skuad futsal negara amuk kubu Mexico' Klik sini https://www.hmetro.com.my/arena/2019/09/494261/skuad-futsal-negara-amuk-kubu-mexico

Laman atas talian bolasepak terkemuka SemuanyaBola memuat naik 'Skuad Futsal Negara Bergaya Tundukkan Mexico 9-2' Klik sini https://semuanyabola.com/skuad-futsal-negara-bergaya-tundukkan-mexico-9-2/

Antara Soalan yang kami terima adalah;
1. Betul ke Mexico tu? Rank 45th tu. takkan kita belasah?
2. Aku meragui keputusan tu. Ada video/gambar tak nak sahihkan?
3. Wak aku bukan nak merendahkan pasukan kebangsaan tapi aku sangsi la wak tolong cek skit boleh?

Bagi memenuhi permintaan peminat-peminat futsal yang tidak salah melontarkan soalan-soalan demikian. Ini menunjukkan peminat futsal kita semakin cakna dengan informasi sukan futsal amnya.

Sedikit 'selaman' dan membuka beberapa arkib personal wak ini yang kita temui.

  1. Laman rasmi Mexico FA memuat naik artikel yang mengatakan bahawa pasukan futsal kebangsaan mereka telah tiba di Chengdu China pada 4 September.  Bagi menyertai kejohanan The Belt and Road Cup CFA International Futsal Tournament 2019. Buktinya disini >> https://fmf.mx/#/Noticia/21639 

    p/s: nasib baik wak ada darah Sepanyol skit so boleh faham . :P

  2. Sumber kedua adalah menghubungi kenalan yang berada didalam FA China dan mereka telah mengesahkan perkara yang sama.

Oleh sebab itu kami juga nak kongsikan dengan semua peminat futsal tanah air beberapa info menarik yang berkait rapat antara Malaysia Mexico ini.

Pada tahun 2012 Malaysia pernah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Mexico yang telah berlangsung di Minburi Stadium Bangkok Thailand. Sebelum korang tanya kenapa main kat Bangkok baik wak jawab dulu. Ini kerana 2012 Mexico layak ke Piala Dunia untuk pertama kali dan kita telah bermain dengan mereka dan tewas 1 -2 seminggu sebelum bermulanya Piala Dunia di Bangkok Thailand.


Antara pemain yang beraksi adalah dan masih aktif bermain bersama pasukan kelab dan kebangsaan adalah seperti

Qaizeer Hesham (KL City)
Firdaus Ambiah (Pahang)
Taufik Yaiyah (Ketua Jurulatih Pahang)
Shamar Fadhil (Perak FA)
Firdaus Razali (Jurulatih Pen. Gol Perak FA)
Azrul Hadee, Muzaffar Tahir, Muhammad Farid, Shamsul Akmar( Selangor)
Ali Mahat (Pen. Jurulatih Selangor)
Amar Ashraf (Pulau Pinang)

Dan sewaktu tewas kepada Mexico, penjaring gol tunggal Malaysia adalah Faisal Saharudin. Beliau wak hubungi mengesahkan jaringan tersebut.

Jadi kepada peminat-peminat futsal semua. Yakinlah bahawa itu adalah pasukan kebangsaan Mexico yang kita 'belasah' dan sejarah baru futsal tanah air mungkin bermula?  Persiapan ini terlalu penting buat kita AFF 2019 adalah kelayakan ke pusingan akhir AFC 2020 dan slot ke Piala Dunia

Bagaimana? Jadi 'sifir' logik untuk kita tekankan untuk ke Piala Dunia 2020 adalah seperti berikut;
AFF 2019 - 3 terbaik layak ke AFC
AFC 2020 - 5 terbaik bakal isi slot ke Piala Dunia 2020 di Lithuania

Apakah kita 'jauh' dengan Piala Dunia? Jawapan wak adalah seperti masih sama sejak 4 tahun yang  lepas. 

Tidak jauh, kenapa? Kita adalah 'regular' di AFC sejak 1999, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2014, 2016. Bayangkan sekiranya kita layak ke suku akhir dan jumpa negara-negara timur tengah seperti Lubnan sebagai contoh yang susah untuk tewaskan kita. Sejarah telah membuktikanya.

Jadi sokongan anda adalah penting bagi mereka. Harap tiada yang komen tulis. boleh lukis tak? nak baca panjang. :P