Bakat Futsal Negeri Perak

Seramai 205 orang pemain telah mencuba nasib dalam sesi pemilihan pemain bawah 19 tahun Perak semalam di Prosport Futsal Arena, Chemor. Para pemain yang datang dari seluruh negeri Perak serta terdapat juga beberapa orang dari Lembah Klang dan lebih memeranjatkan lagi apabila 3 orang pemain yang hadir adalah dari Johor.

Sesi yang dimulakan dengan pendaftaran pada jam 9.00 pagi itu diketuai oleh jurulatih pasukan Liga Futsal Kebangsaan Perak, Encik Nazim Bin Din dibantu oleh Halim Kamarul serta beberapa orang pemain senior Perak Futsal turut membantu pada sesi ini.

12606884_1280382575311937_163738696_n

Selesai pendaftaran, para pemain memulakan latihan dengan memanaskan badan sebelum para panel pemilihan memberikan latihan asas serta tips latihan futsal yang biasa digunapakai.

Kehadiran beberapa orang pemain yang berusia 13 hingga 15 tahun turut mencuri tumpuan apabila walaupun pada usia sebegitu, mereka telah membuktikan bahawa mereka berjiwa besar untuk menghadapi pemilihan ini.

Team B

Dengan bakat yang dipamerkan oleh mereka, panel pemilihan membuat keputusan untuk memberikan penumpuan khusus bagi pemain yang berusia 13 hingga 15 tahun tersebut.

Setelah tamat sesi pagi, seramai 50 orang pemain telah berjaya melepasi saringan pertama untuk meneruskan misi mereka pada sesi petang yang bermula jam 3.30 petang.

Team A

Sesi petang pula para pemain diberikan tunjuk ajar dengan lebih meluas dalam pelbagai aspek yang telah diajarkan pada sesi pagi. Kemudian para pemain diberikan peluang untuk membuktikan kemampuan mereka dalam perlawanan selama 7 minit. Setiap pemain yang menarik minat panel pemilihan akan dipilih bagi menentang pasukan Perak Futsal di akhir sesi pemilihan tersebut.

12584059_1280382455311949_1206032844_n

Encik Johari Baharom yang merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal, Bolasepak Pantai dan Bolasepak Wanita Persatuan Bolasepak Perak ( PAFA ) turut hadir bagi menyaksikan aksi serta memberikan kata-kata semangat kepada para pemain yang menyertai pemilihan ini. Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Futsal, Bolasepak Pantai dan Bolasepak Wanita Persatuan Bolasepak Perak, Wan Fadzli Izam Bin Wan Zulkifli dan Presiden Persatuan Bolasepak Batu Gajah, Jamil Othman.

Langkah yang diwujudkan oleh Jawatankuasa Futsal, Bolasepak Pantai dan Bolasepak Wanita  PAFA  yang diketuai oleh Dato Muhammad Yadzan Bin Mohammad ini wajar dipuji kerana apa yang dilakukan ini mampu mengetengahkan bakat-bakat muda yang kurang mendapat peluang untuk membuktikan keupayaan mereka dan dalam masa yang sama panel pemilihan dapat memberikan sedikit tunjuk ajar kepada para pemain.

Para pemain Perak Futsal turut hadir bagi memberikan semangat kepada para pemain yang bersaing bagi merebut tempat.

Para pemain Perak Futsal turut hadir bagi memberikan semangat kepada para pemain yang bersaing bagi merebut tempat.