Bahrain Tawarkan Kemudahan Latihan kepada Skuad Futsal Malaysia

Perkhabaran gembira sewaktu pertemuan antara Presiden Persatuan Bola Sepak Bahrain BFA dan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin di Riffa, Bahrain malam tadi.

Tawaran untuk skuad futsal dan bolasepak wanita menggunakan kemudahan di Bahrain bagi mengadakan latihan diluar negara pada masa akan datang.

Turut serta dalam pertemuan 2 hala adalah Naib Presiden BFA Ali Ahmed yang ditemani oleh Setiausaha Agung BFA Ebrahim Saad Al Buainain dan Timb. Presiden FAM Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

FAM juga mengucapkan terima kasih kepada BFA kerana membantu dalam penyediaan latihan dan penginapan skud Harimau Malaya berlatih di Bahrain.

Sumber : BERNAMA