Bahang Kian Terasa

Bahang kini makin dirasai oleh kesemua pasukan yang bakal bertanding di liga futsal kebangsaan musim 2015 yang bakal bermula pada 27 februari ini di Kompleks Sukan Negara Panasonic , Shah Alam. Untuk makluman semua sebanyak 12 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita akan bertanding untuk merebut kejuaraan liga futsal kebangsaan musim ini.

Untuk edisi kali ini setiap pasukan akan bertemu sesama sendiri sebanyak 2 kali dimana dua pusingan liga akan dipertandingkan. Sebanyak 22 perlawanan diperingkat liga akan berlangsung selama 12 minggu bermula minggu ini sehingga la minggu ke 13 pusingan grand final.

Apa yang menarik kali ini, pihak FAM telah membuka tawaran bagi mana-mana persatuan untuk menjadi tuan rumah untuk salah satu minggu perlawanan diperingkat liga. Selain liga akan berlangsung di Kompleks sukan negara Panasonic shah alam, liga turut bakal diadakan di KSL Sri Gombak, Kedah, Melaka dan juga sabah yang mengambil peluang untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Ayuh semua gunakan peluang ini untuk hadir ke stadium menyokong pasukan pilihan anda.