Badri Daud Wakili Malaysia Di Kejohanan Sukan Pantai Asia Phuket

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) satu pasukan yang cukup disegani di arena futsal Malaysia . Penglibatan pasukan ini dari awal liga futsal kebangsaan bermula sehingga la kini mereka terus kekal menjadi satu pasukan yang memberi saingan yang kuat kepada pasukan-pasukan lain dan melahirkan ramai pemain futsal yang berbakat. Antara nama-nama bekas pemain MPSJ yang menjadi bualan peminat ketika itu antaranya Mohd Zary Affendi Mohd Arif, K. Thayalan, Jerry Dinesh Pireira, Mohd Fairuz, Addy Shairullyzam dan juga Badri Daud.

Kesemua bekas-bekas pemain ini sudah tidak lagi aktif sebagai pemain futsal malah ada diantara mereka meneruskan karier sebagai jurulatih. Apa yang menarik kami ingin kongsi adalah mengenai bekas pemain futsal MPSJ iaitu saudara Badri Daud. Beliau telah mewakili pasukan Footvolley Malaysia di Kejohanan Sukan Pantai Asia,Phuket pada tahun lepas dan telah berjaya meraih pingat gangsa.

Kami telah berjaya untuk menemuramah saudara Badri Daud untuk berkongsi dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.

AFM : Difahamkan anda kini aktif dalam sukan footvolley. Boleh anda terangkan mengenai sukan footvolley? Adakah ia lebih kurang dengan sukan futsal?
BD : Ya, kini saya sekarang aktif dengan sukan Footvolley selepas berakhir kejohanan Liga Futsal Kebangsaan musim 2014. Sukan ini baru diperkenalkan di Malaysia, ia merupakan gabungan dari sukan sepak takraw, bola tampar pantai dan bola sepak pantai. Footvolley ini mirip sukan sepak takraw yang memerlukan kemahiran timangan bola dan rejaman. Sukan ini hanya dimainkan di kawasan yang berpasir seperti gelanggang bola tampar pantai.

AFM : Pada tahun lepas anda telah mewakili Malaysia ke Asean Beach Games di Phuket untuk sukan Footvolley dan pasukan Malaysia telah mendapat pingat gangsa. Boleh kongsi bersama kami pengalaman tersebut.?
BD : Ya, pada tahun lepas 2014 saya telah mewakili negara di Kejohanan Sukan Pantai Asia Phuket dalam sukan footvolley dan membawa pulang pingat gangsa. Pengalaman yang sangat berharga dan ia memberi suntikkan semangat untuk memajukan dan memperkembangkan sukan footvolley di dalam negara.

AFM : Adakah anda akan kembali dalam arena futsal mungkin sebagai pemain ataupun jurulatih?
BD : In Sya Allah jika tiada halangan jika diizinkan saya akan kembali dalam arena futsal mungkin sebagai jurulatih bagi mencungkil bakat-bakat muda. Kini saya akan fokus dalam sukan footvolley dahulu.

AFM : Apakah harapan anda untuk diri sendiri, sukan footvolley dan juga untuk pasukan MPSJ menjelang LFK2015.
BD : Harapan saya untuk sukan footvolley ini setanding dengan sukan-sukan yang lain kerana kita mampu melahirkan pemain yang berbakat untuk bersaing di dalam peringkat antarabangsa. Dan saya berharap dalam kejohanan Liga Futsal Kebangsaan 2015 pasukan MPSJ dapat mengekalkan kesinambungan kecemerlangan yang terdahulu.

Bagi mereka yang ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai sukan footvolley boleh like page ini https://www.facebook.com/futvolimalaysia