Ayuh Wakili Malaysia Ke Kejohanan “The World Football Five”

Satu kejohanan peringkat antarabangsa bakal berlangsung pada bulan mac ini dimana ia adalah satu kejohanan pusingan kelayakan dimana pasukan yang menjadi johan bakal mewakil Malaysia ke pusingan grand final yang bakal berlangsung di Dubai.

Pusingan kelayakan ini bakal berlangsung pada 13,14 dan 15 Mac 2015. Kompleks Futsal 1 Malaysia, Putrajaya menjadi pilihan venue kejohanan dimana satu pasukan amatur akan dinobatkan sebagai juara dan automatik mewakili Malaysia kelak.

Kejohanan yang danjurkan oleh Syarikat gergasi automobil iaitu Ford menawarkan hadiah Wang tunai sebanyak RM 12,000 tunai, trophy, medal serta tiket pergi dan balik ke Dubai untuk mewakili Malaysia di Pusingan Grand Final “ The World Football Five”.

Pasukan yang bakal mewakili Malaysia akan bersaing bersama 47 pasukan lain dari seluruh dunia. Kejohanan yang masuk musim kedua ini pasti bakal menurukan pasukan pasukan yang terbaik dari seluruh dunia. Pada edisi tahun lepas kejohanan ini dimenangi oleh pasukan Denmark.

Setiap pasukan yang mendaftar akan menerima tshirt kejohanan serta goodies bag dari penganjur. Ayuh daftarkan pasukan anda sebelum tarikh akhir pendaftaran iaitu pada 28 Februari 2015, mungkin pasukan anda adalah juara yang kita cari.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh melayari http://www.myf5wc.com