Home Authors Posts by Wak Goleiro

Wak Goleiro

52 POSTS 0 COMMENTS
Peminat David Beckam dan Wak Pivot. Suka makan rendang ayam kampung!

Tamat perjalanan Mat Yo di Thailand. Terima kasih BG Pathum United!

Semalam merupakan perlawanan terakhir pusingan satu liga bola sepak Thailand dan sekaligus juga menjadi game terakhir untuk Norshahrul Idlan Talaha bersama pasukan BG Pathum United. Mat Yo masih akan kekal berlatih bersama pasukan ini sehingga tamat baki kontrak hujung tahun ini. Dia dijangka akan pulang ke Malaysia awal tahun depan dan bakal bersama pasukan Sarawak United untuk saingan Liga Malaysia...

Son Heung-Min ikut jejak Faiz Subri di Puskas Award

Semalam telah berlangsung FIFA Football Awards 2020 dan mesti semua sudah tahu keputusan pemenang-pemenang anugerah yang dipertandingkan. Salah satu anugerah yang dipertandingkan adalah Puskas, jaringan gol terbaik yang mula diperkenalkan pada tahun 2009.Untuk edisi kali ini pemain daripada Korea Selatan, Son Heung-Min diumumkan sebagai pemenang menerusi jaringan dia ketika membantu Tottenham Hotspurs menewaskan Bunrley di saingan Premier League. https://twitter.com/SpursOfficial/status/1339638069050433536 Son berjaya mengetepikan...

Selangor MAC mempersiapkan pasukan awal untuk musim baru!

Juara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) edisi pertama, Selangor MAC antara pasukan yang kita boleh lihat melakukan persiapan awal untuk menghadapi musim baru. Selepas secara rasminya MPFL musim ini dibatalkan, mereka tetap meneruskan program latihan walaupun bukan secara penuh tapi tetap satu langkah yang baik sebagai sebuah pasukan profesional. Untuk memastikan pemain berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk musim...

KEDAH DA : Lain yang tunjuk, lain yang rasmi

Pada 18 November lalu, laman sosial rasmi Kedah FA mempamerkan 3 pilihan logo (final shortlist) untuk penyokong pasukan itu membuat undian mereka. Namun, hari ini mereka telah mengumumkan logo baru tetapi langsung tiada dalam 3 pilihan tersebut. Mungkin ada yang berpendapat bahawa inilah ‘kejutan’ yang dibuat oleh pengurusan pasukan itu yang pernah diberitahu sebelum ini akan membuat kejutan kepada penyokong...

Traine by HIMsports bantu kekalkan kecergasan Khairul Effendy Bahrin

Dengan ketiadaan liga futsal ataupun ketika luar musim sebagai seorang pemain profesional amat penting bagi pemain tersebut memastikan keadaan mereka berada dalam keadaan baik. Itu yang dilakukan kapten futsal negara, Khairul Effendy Bahrin @ Ayon yang menunjukkan satu contoh yang sangat baik bagi pemain-pemain futsal di luar sana. Kalau melihat kepada Instagram Ayon, boleh katakan setiap hari dia akan ‘update’...

Pemain tempatan Terengganu FC lengkap. 18 pemain berusia bawah 25 tahun. Tengok senarai ini!

Difahamkan Terengganu FC sudah melengkapkan barisan pemain tempatan mereka dengan kehadiran 7 pemain baru manakala 4 pemain dinaikkan daripada pasukan Terengganu II dan Terengganu III (Piala Presiden). Manakala 14 pemain kekal daripada skuad musim lalu untuk melengkapkan 25 pemain tempatan. Pasukan kendalian Nafuzi Zain ini juga sudah memulakan latihan rasmi mereka untuk persiapan menjelang musim baru tahun depan di mana...

Adam Nadzmi bakal ikut jejak Celine Chuang ke Eropah?

Baru-baru ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ada berkongsi tentang pemain remaja wanita negara, Celine Chuang yang mencipta sejarah apabila menjadi pemain wanita pertama bermain bersama pasukan Bayern Munich B-17 di Jerman. Kejayaan Celine ini adalah bermula daripada keputusan dia untuk menjalani latihan bersama BISP Cruzeiro Football Academy di Phuket dan masuk ke Sekolah Antarabangsa British Phuket (BISP). Selepas 2 tahun...

Kuching City FC Tour langkah baik pengurusan

Dengan larangan kerajaan untuk keluar dari Malaysia, tidak menjadi masalah untuk pasukan Kuching City FC dan satu langkah terpuji harus diberikan kepada pengurusan pasukan yang hadir dengan rancangan Kuching City FC on Tour. 6 lokasi menjadi destinasi pasukan ini sepanjang jelajah selama 15 hari ini di sekitar Sarawak yang sudah bermula beberapa hari lepas. Bermula dengan Sri Aman (8 Disember),...

Gandingan Mantap Barisan Kejurulatihan Sarawak United? Ready untuk 2021!?

Bekas jurulatih Selangor, B. Sathianathan tidak menafikan bahawa dia bakal menyertai keluarga besar Sarawak United bagi menghadapi musim 2021. Bukan sebagai jurulatih tapi tanggunjawab yang diberikan lebih besar iaitu sebagai pengarah teknikal. Sudah pasti sebagai pengarah teknikal dia akan bekerjasama rapat dengan barisan kejurulatihan semua pasukan di bawah Sarawak United untuk memastikan saingan dan perjalanan pasukan ini berjalan dengan lancar dan...

Biar Jasa Jadi Kenangan, Terima Kasih UKM. Misi Baru Asnan Ahmad!

Permulaan baru untuk Asnan Ahmad di kancah liga bola sepak Malaysia apabila pemain berusia 27 tahun ini diumumkan sebagai pemain baru Terengganu FC. Asnan Ahmad merupakan kapten dan playmaker utama UKM FC sebelum ini di Liga Premier berjaya menarik perhatian coach Nafuzi Zain untuk memperkuatkan pasukan bagi misi saingan di Liga Super serta AFC Cup 2021 musim depan. Pemain berasal Kedah...
135,620FansLike
124,702FollowersFollow
0FollowersFollow