Atiqa Tidak Taruh Harapan

Penjaga gol skuad futsal wanita negara, Nurul Atiqa Zaifulizan​, tidak meletakkan harapan tinggi untuk kembali ke pangkuan pasukan kebangsaan menjelang Sukan SEA 2017, Ogos ini.

Atiqa sebelum ini menghidap penyakit misteri sejak hujung tahun lalu apabila kaki dan tangan kirinya lumpuh secara tiba-tiba.

Setelah hampir lima bulan menjalani rawatan, Atiqa kian beransur pulih serta menunjukkan tanda-tanda positif.

Bagaimanapun, dia berasa tidak adil untuknya terus kembali ke dalam pasukan berbanding pemain-pemain lain yang telah lama giat berlatih.

"Jurulatih ada bagi semangat, mungkin akan ada tawaran, namun dalam masa sama saya kena fikirkan pemain-pemain lain.

"Tidak adil untuk mereka yang telah menjalani latihan dalam tempoh masa yang lama jika dibandingkan dengan saya," katanya.

"Kami ada ramai pemain-pemain bakat baru, jadi peluang memang cerah untuk meraih pingat," ujar Atiqa.

Artikel oleh : Astro Arena/Stadium Astro