Arena UPSI Kompleks Sukan Serba Lengkap Pilihan LFK 2017

Mungkin ramai pertikaikan mengapa Liga Futsal Kebangsaan 2017 akan berlangsung di Arena UPSI Tanjung Malim, Perak. Lokasi yang agak jauh dan sukar untuk para peminat untuk kesana menyokong pasukan pilihan masing-masing.

Jika sebelum ini venue LFK diadakan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam namun disebabkan beberapa faktor venue tersebut tidak dapat digunakkan .

Sebenarnya Arena UPSI bukan lagi asing bagi penganjuran kejohanan futsal. Sebelum ini venue tersebut pernah terpilih untuk Kejohanan Piala Raja Iskandar Dzurkarnain bawah 19 tahun dan juga Kejohanan Liga Futsal IPT.

Boleh dikatakan Arena UPSI menyediakan kemudahan yang serba lengkap antaranya dua indoor futsal court bersaiz ukuran FIFA, surau, bilik persalinan, bilik media malah mereka menyediakan juga kemudahan wifi. Malah Arena UPSI juga menyediakan asrama kepada atlet-atlet untuk disewa.

Bagi  para peminat yang ingin datang memberi sokongan kepada kesemua pasukan nanti. AFM syorkan agar korang boleh "car pool" bersama rakan. Korang juga boleh menggunakkan perkhidmatan KTM dan turun di stesen Tanjung Malim. Rancang perjalanan anda nanti. Harap kesemua para peminat dapat turun untuk memberikan sokongan kepada kesemua pemain nanti.