Apakah Qusmaini Noor Rusli Sertai Skuad Kejurulatihan Kelantan FC?

Kalau dalam arena futsal tak perlu perkenalkan lagi nama Qusmaini Noor Rusli seorang jurulatih yang berpengalaman bukan saja di Malaysia malah di Indonesia, Thailand dan Brunei Darussalam.

Tapi kalau dalam bola sepak mungkin baru malah ramai yang tidak mengenali coach asal daripada Kelantan ini. Difahamkan menerusi beberapa perkongsian di laman sosial coach Qusmaini telah menyertai barisan kejurulatihan pasukan Kelantan FC cuma sebagai apa masih menjadi tanda tanya.

Pada awalnya kemunculan coach Qusmaini adalah ketika sesi perlawanan persahabatan antara pasukan Presiden Kelantan 2020 dan pasukan Belia Kelantan 2020. Mungkin penyokong yang melihat gambar yang dikongsi di page pasukan ini pada awalnya tidak mengenali coach Qusmaini.

Tapi selepas beberapa kali muncul dalam gambar yang di muat naik di page Kelantan FC para penyokong mula berkongsi informasi dan mengetahui kehadiran coach Qusmaini dalam pasukan. Malah coach juga muncul dalam page rasmi pemilik pasukan Norizam Tukiman dimana mereka sedang melakukan online meeting bersama barisan kejurulatihan.

Buat masa ini masih belum ada pengumuman secara rasmi dan kami jangkakan coach Qusmaini akan diperkenalkan bersama barisan kejurulatihan daripada Itali yang difahamkan sudah sampai di Malaysia.

Kalau betul jadi menarik untuk melihat gabungan futsal dan bola sepak yang akan diadaptasi oleh coach Qusmaini nanti. Untuk melihat bagaimana futsal boleh membantu pemain bola sepak nanti.

Seperti kita tahu sudah terbukti banyak pemain ternama sudah mengesahkan mereka bermula dengan futsal, futsal membantu dalam permainan mereka di atas padang antaranya Andres Iniesta, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Luis Figo, Neymar Jr., Ronaldinho, Coutinho, Xavi dan ramai lagi.

Dengan kehadiran coach Qusmaini bersama Kelantan FC ini boleh dikatakan ia satu eksperimen baru di Malaysia untuk melakukan pendekatan bantuan aspek teknik futsal dalam pasukan ini.

Jangan terkejut jika pendekatan bola sepak moden (futsal + bola sepak) akan berjaya di Kelantan FC. Kami akan nantikan perkembangan pasukan ini yang mungkin akan mengambil sedikit masa tapi kami percaya ia boleh dilakukan dengan baik.

Semoga berjaya coach!