Apa Kata Qusmaini Mengenai Cabaran LFK 2017

Walaupun berada di Brunei Darussalam ternyata Qusmaini Noor Rusli masih mengambil perkembangan arena futsal di Malaysia.

Qusmaini yang kini sibuk mempersiapkan pasukan Brunei bawah 20 Tahun sempat berkongsi pendapat dan pandangan bersama Arena Futsal Malaysia mengenai Liga Futsal Kebangsaan 2017 yang akan memulakan tirainya esok.

Jom ikuti apa pendapat jurulatih berpengalaman ini yang pernah membawa beberapa pasukan di LFK sebelum ini.

  • Liga Futsal Kebangsaan 2017

Dari segi keseluruhan Qusmaini merasakan LFK 2017 pada kali ini akan membuka episod baru yang menarik setelah ketiadaan liga sebelum ini. Kesemua pasukan dapat kita lihat menggunakkan khidmat jurulatih baru dan pemain baru. Hanya Pahang dan Perak mengekalkan jurulatih yang sama.

  • Felda United

Saya lihat bagi pasukan Felda United kali ini tampil dengan beberapa muka baru. Apabila coach berpengalaman Addie Azwan mengabungkan pemain dari Felda United dan KLMK pada musim ini.

Saya melihat pasukan ini sekali lagi menjadi pesaing terkuat untuk mengekalkan kejuaraan.  Pasukan ini sangak kompak dengan latihan yang konsisten serta bantuan pihak pengurusan yang baik akan memberikan kesan baik kepada pasukan ini.

Ketiadaan pemain seperti Abu, Nizam dan Jepun yang berhijrah ke Melaka saya rasa tidak akan memberikan kesan yang tinggi berikutan beberapa pemain baru dari KLMK dibawa masuk serta Aidil dan Syed Aizad pemain muda dari pasukan Selangor MPSJ. Jadi saya rasa pasukan ini masih menjadi calon untuk juara LFK 2017.

  • Perak

Pasukan ini juga saya merasakan akan memberi saingan yang sengit bagi musim ini. Pasukan ini sangat kompak. Boleh dikatakan mereka mengekalkan majoriti pemain yang sama dari musim lepas.

Kehadiran pemain-pemain muda dari pasukan Perak U19 pasti akan menambahkan kekuatan kepada pasukan Perak pada musim ini. Kebiasaannya pasukan yang mengekalkan keseluruhan pemain dan jurulatih untuk tempoh dua tahun ke atas harus diberi perhatian buat pasukan lain kerana chemistry para pemain sudah kuat dan mereka faham tektikal yang ingin digunakan oleh jurulatih.

  • Melaka United

Selepas berjaya membawa pulang Abu dan Jepun untuk beraksi bersama Melaka, mereka juga berjaya mendapatkan khidmat Nizam, Ayon, Aula, Awal dan Firdaus untuk musim 2017 ini.

Kehadiran pemain-pemain kebangsaan ini akan memberikan satu impak kepada pasukan ini bagi musim ini. Walaubagaimanapun mereka mungkin akan menghadapi masalah di awal musim dari segi kombinasi dan persefahaman.

Ini mungkin disebabkan pasukan ini tidak mempunyai masa yang panjang untuk berlatih bersama. Pasukan ini juga akan dilatih oleh ketua jurulatih yang baru iaitu coach Isa Rahim iaitu pembantu saya pada musim 2015.

Saya yakin coach Isa mampu mebimbing pasukan ini ke tahap yang lebih baik dan menjadi pencabar bagi musim ini.

  • Pahang

Seperti kita tahu beberapa pemain mereka tiada antaranya Cirit, Along, Wan Gagak dan juga Mie (GK) yang kini bersama pasukan Kuantan Rangers.

Walaubagaimanapun kehadiran muka baru yang akan bersama pasukan ini bukan calang-calang pemain antaranya Apek, Ayip, Ayen, Mamang, Adni, Iwan dan juga Lalat mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Difahamkan pasukan Pahang pada kali ini tampil dengan lebih bersedia dengan persiapan dan pengurusan yang lebih baik daripada sebelum ini. Saya pasti mereka akan memberi saingan kepada pasukan lain.

  • T-Team

T-Team seperti biasa pasukan yang di luar jangkaan. Pasukan yang sering beri kejutan. Jika melihat pada musim sebelum ini mereka tidak mempunyai pemain-pemain yang berstatus bintang namun disebabkan pasukan yang hadir dari sesuatu kawasan tanpa pemain luar membuatkan mereka hadir dengan satu pasukan yang solid dan semangat yang luar biasa. Mereka berjaya peroleh tempat kedua pada musim lalu.

Pada musim ini saya melihat masih ada beberapa pemain senior yang akan beraksi dan T-Team kini dilatih oleh coach Syafiq bekas pemain T-Team dan jurulatih bagi pasukan UMT di Liga IPT.

Saya mejangkakan pasukan ini akan menghabiskan liga pada musim ini di pertengahan liga.

  • KL TPD, KLPP, KL City, MBPP

Boleh dikatakan keempat pasukan ini adalah pasukan baru yang akan memberikan saingan di LFK 2017 ini dan majoriti jurulatih juga baru kecuali coach Faizal yang membawa pasukan MBPP.

Ini pasti menjadi masalah buat jurulatih-jurulatih baru untuk mengadaptasi suasana bahang liga yang sangat tinggi. Coach Arif di KL TPD, Coach Boy ditahun keduanya di KLPP, Coach Faizal di MBPP dan Coach Jerry di KL City.

Pasti getaran akan terasa bagi empat pasukan ini untuk memberikan saingan dan mengelak tersingkir daripada liga.

Bola itu bulat, apa sahaja boleh berlaku di futsal ini. Kejutan pasti akan berlaku sama-sama kita saksikan nanti. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan semoga berjaya buat kesemua pemain dan rakan-rakan jurulatih saya. Teruskan usaha anda moga kita mampu membawa perubahan di arena futsal Malaysia.