Apa Kata Chiew Chun Yong Mengenai Barisan Muda Thailand?

Seperti kita tahu Thailand telah tampil dengan barisan pemain muda di kejohanan AFF futsal 2016 baru-baru. Rata-rata pemain yang diturunkan oleh Miguel Rodrigo kesemuanya berumur bawah 24 tahun ke bawah.

Walaupun tidak menurunkan bintang futsal Thailand yang beraksi di Piala Dunia seperti Shupawut Thuea, Jetsada Chudech dan Nattawut Madyalan pasukan pelapis Thailand ini berjaya mengekalkan kejuaraan. Jika melihat untuk masa akan datang ternyata ini sesuatu yang perlu diambil berat oleh kesemua pasukan terutama pasukan Malaysia.

"Thailand sentiasa mempunyai banyak bakat pemain muda dan mereka mempunyai pool player yang besar malah diorang juga mempunyai pasukan pelapis (Junior Team) yang kedua" kata beliau.

Menurut beliau juga, perkara ini adalah disebabkan di Thailand mereka mempunyai liga yang kompetetif dan mereka juga mempunyai liga untuk peringkat bawah umur dan kesemuanya bermain di gelanggang bersaiz fifa dan mengikuti undang-undang Fifa.

"Berbeza di Malaysia kita tiada semua itu sejak kita bermulanya sukan futsal ini. Tetapi saya yakin satu hari nanti kita mampu seiring dengan pasukan Thailand dan mampu menewaskan pasukan itu jika ada latihan pusat kebangsaan yang konsisten dan liga yang kompetetif di Malaysia" tegas Chiew Chun Yong.