Alif Haiqal Teruja Dapat Beraksi Dengan Pasukan Baru

Aksi Liga Futsal IPT 2017 bakal menyaksikan 8 pasukan akan beraksi di Liga Super dan 12 pasukan beraksi di Liga Premier.

Sudah pasti untuk musim kali ini kehangatan pasti dirasai oleh kesemua pemain dan pasukan yang akan bertanding. Kehadiran beberapa pasukan baru dan pemain baru bagi musim ini pasti akan merancakkan lagi liga yang memasuki edisi ke 8 ini.

Perkara tersebut turut dirasai oleh pemain muda Alif Haiqal yang akan beraksi bersama pasukan UiTM pada musim ini. Beliau yang baru sahaja melanjutkan pelajaran di bidang Pengurusan Sukan teruja dapat beraksi kembali di Liga Futsal IPT dan lebih-lebih lagi bermain bersama pasukan juara bertahan.

Beliau bukan lagi asing di liga ini pernah bermain bersama pasukan Politeknik Pahang satu ketika dulu. Malah pemain yang bermain di posisi goalkeeper ini pernah mewakili Malaysia di Asian University Games 2014 dan meraih pingat gangsa di kejohanan tersebut.

Alif Haiqal akan beraksi bersama pasukan UiTM di perlawanan pertama esok menentang UniKL BMI pada jam 8.30 pagi. Semoga berjaya buat pemain muda ini.