Akademi Futsal Untuk Kanak-kanak

Populariti futsal kini semakin meningkat dari hari ke hari. Namun, tahukah anda lokasi yang sebetulnya untuk mengasah bakat anak-anak anda?

Adakah anda tahu, bintang popular bola sepak eropah seperti Christiano Ronaldo, Lionel Messi, Pele dan Neymar memulakan kariernya dalam arena futsal sebelum bergelar pemain profesional bola sepak.

Kredit foto: Instagram Neymarjr

Menurut FourFourTwo, Neymar mengakui bahawa futsal mempunyai pengaruh yang besar padanya ketika dia meningkat dewasa.

Menurut Neymar di dalam artikel tersebut, futsal merupakan permainan yang sangat mencabar dan ia benar-benar membantunya dalam meningkatkan teknik serta kelajuan pemikiran dan kemampuan untuk melakukan gerakan di ruang yang kecil.

Kredit foto: Instagram Paris Saint-Germain

Sekiranya anda bermain dalam sebuah perlawanan, anda perlu berfikir secara pantas dan membuat pergerakan yang lebih cepat. Apabila sebaliknya yang berlaku, anda akan kerugiaan masa dan kehilangan bola dalam kawalan.

Futsal mempunyai gelanggang yang terhad dan memerlukan tindak balas yang pantas. Ianya amat berbeza berbanding dengan bola sepak padang. Oleh hal yang demikian, kepantasan dalam individu adalah sangat penting.

Neymar juga memberitahu bahawa futsal adalah sebahagian daripada kehidupan pemain bola sepak.

Arena Futsal Malaysia sempat membuat ‘survey’ tentang lokasi yang sebetulnya untuk menghantar anak-anak anda belajar futsal atau bola sepak.

Antaranya adalah:

Nama Akademi Jenis Sukan Negeri

Nama IG

Academia De Futsal

Futsal

Selangor

academiadefutsal
SJYA Futsal Academy

Futsal

Selangor

sjyafutsalacademy
Jardini Futsal

Futsal

Selangor

jardinifutsal
Mota Futsal Academy

Futsal

Selangor

motafutsalacademy
Petaling Jaya Futsal Club

Futsal

Selangor

pjfc_malaysia
Akademi Futsal Putrajaya

Futsal

Putrajaya

crew_akaputra
N.A.F.A.S Futsal

Futsal

Sarawak

nafasfutsal
Annur Young Boys Futsal Club

Futsal

Perak

ayb_fc
Taming Sari FC

Bola Sepak

Melaka

taming_sari_official
Junior FS Academy

Bola Sepak

Selangor

juniorfsacademy

 

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie