AFM Lancarkan Program Penganjur Bertauliah

Kewujudan terlalu banyak pertandingan futsal yang kini semakin membanjiri arena futsal tanah air adalah satu perkembangan positif dimana banyak bakat baru dan terpendam dapat dikenalpasti bagi memeriahkan aksi futsal tanah air.

Namun dalam kemeriahan yang dapat disaksikan, terdapat beberapa pihak tidak bertanggungjawab menggunakan medium ini sebagai medan untuk mengaut keuntungan semata-mata sebagai contoh seperti kejadian yang berlaku di Cheras tempoh hari. Tanpa mahu saling menyalahkan, Arena Futsal Malaysia (AFM) merasakan sesuatu perlu dilakukan bagi membasmi gejala buruk ini.

Dengan bertujuan untuk mengelakkan insiden tersebut berulang, AFM akan memberikan pengiktirafan kepada penganjur yang terpilih iaitu dengan meletakkan "COP Approval" pada poster kejohanan yang mereka anjurkan.

Kenapa pengiktirafan ini diperlukan dan bagaima ianya dijalankan? Ianya bermaksud pihak AFM mengesyorkan sepenuhnya sesebuah pasukan untuk menyertai kejohanan tersebut dan pembayaran yuran kejohanan kepada akaun AFM dan caj 10% dikenakan untuk yuran keseluruhan kejohanan. Caj ini bertujuan sebagai ''Approval Fee'' dan perkara ini bakal meyakinkan pasukan untuk menyertai sesebuah kejohanan disamping dapat mengelakkan pasukan dari ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Semoga dengan usaha ini diharapkan dapat melindungi pasukan-pasukan yang sentiasa bersemangat waja bagi mengejar kejuaraan demi meningkatkan pasukan masing-masing dan mewarnai kancah arena futsal tanah air. Bagi penganjur yang ingin mendapatkan pengiktirafan ini boleh menghubungi AFM di info@arenafutsal.my. Selamat maju jaya