AFC Futsal Club Championship 2016

Selepas terpilih menjadi tuan rumah bagi kejohanan AFF Championship 2016 pada oktober ini sekali lagi kredibiliti Thailand selaku penganjur acara futsal diiktiraf apabila mereka juga bakal menjadi tuan rumah bagi AFC Club Championship yang akan berlangsung pada 15 sehingga 23 July ini di Bangkok.

Kejohanan yang memasuki edisi ke 7 ini bakal menghimpunkan 12 pasukan terbaik dari Asia untuk bertanding pada edisi kali ini. Pada edisi tahun lalu yang berlangsung di Isfahan, Iran pasukan tuan rumah iaitu Tasisat Daryaei peroleh kejuaraan setelah berjaya menewaskan pasukan Al-Qadsia daripada Kuwait dengan jaringan tipis 5-4. Manakala pasukan dari Vietnam , Thai Son Nam peroleh tempat ketiga setelah menang bergaya ke atas pasukan Naft Al-Wasat dari Iraq dengan jaringan 7-3.

139405170039118285832554

Bagi pasukan tuan rumah pasukan Chonburi Blue Wave, mereka pasti ingin menggunakan peluang sebagai tuan rumah ini untuk merampas kejuaraan ini pada tahun ini. bermain di hadapan penyokong sendiri pasti akan memberikan satu semangat yang diperlukan oleh para pemain pasukan Chonbru Blue Wave ini yang diketuai oleh Kritsada Wongkeaw pemain kebangsaan Thailand.

Pencapaian terbaik pasukan Chonburi Blue Wave di kejohanan ini pada tahun 2013 dimana mereka berjaya menjuarai AFC Futsal Club Championship setelah menewaskan pasukan Giti Pasand Isfahan dari Iran melalui penentuan sepakan penalti. Pada tahun 2014 mereka menduduki tempat kedua tewas tipis kepada pasukan Nagoya Oceans dari Japan dan pada edisi tahun lalu mereka terpaksa akur kerena tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan.

Antara pasukan yang akan bersaing pada edisi kali ini adalah :

Tasisat Daryaei (Iran)
Nagoya Oceans (Japan)
Chonburi Blue Wave (Thailand)
Dalian Yuan Dynasty (China)
Almalyk (Uzbekistan)
Vic Vipers (Australia)
Taipower FC (Chinese Taipei)
Al Sadd (Qatar)
Sanna Khanh Hoa (Vietnam)
Dibba Al Hissin (UAE)
Naff Al-Wasat (Iraq)
Al Mayadeen (Lebanon)

Credit Photo : Morteza Salehi

139405170039128575832554