Addy Shairullyzam Kembali Bersama UiTM

Addy Shairullyzam atau lebih dikenali panggilan Angah kini kembali dalam arena futsal apabila difahamkan beliau  akan membawa pasukan UiTM di Liga Futsal IPT 2017.

Angah bukan lagi nama asing dalam arena futsal di Malaysia kredibiliti beliau sebagai jurulatih tidak perlu disangkal lagi apabila pernah mencipta kejayaan bersama pasukan futsal MPSJ FC di Liga Futsal Kebangsaan dan juga pasukan UiTM di Liga Futsal IPT sebelum ini.

Dua tahun beliau meninggalkan futsal untuk berehat seketika dan kini mula kembali dan pasukan futsal UiTM menjadi ujian pertama beliau.

Menurut pengurus pasukan UiTM, Mohd Ezuan Othman beliau gembira apabila Angah kembali melatih pasukan UiTM pada edisi kali ini.

"Banyak kejayaan diperoleh ketika Angah bersama UiTM satu ketika dulu dan sudah pasti pada edisi kali ini kami mahu mengekalkan kejuaraan liga dan memenangi piala LFIPT 2017" kata beliau.

Pada edisi tahun lalu pasukan UiTM menjadi johan keseluruhan liga namun ketika piala LFIPT mereka akur tewas di pusingan suku akhir kepada pasukan KK Selangor.