Adakah Keputusan Pertemuan Malaysia Laos di Kejohanan Futsal AFF 2008 Akan Berulang?

Pelbagai tanda tanya bermain di fikiran para peminat yang mahukan kejayaan buat pasukan Harimau Malaysia.

Kemenangan kedua pada petang ini ke atas pasukan Laos amat bermakna buat pasukan Harimau Malaysia bagi melayakkan mereka ke pusingan separuh akhir.

Walaupun Laos tewas 6-1 ke atas pasukan Myanmar semalam kita tidak boleh memandang rendah terhadap pasukan itu.

Pasti ketua jurulatih pasukan Laos mempunyai perancangan tersendiri untuk menambah baik kelemahan pasukan untuk bertemu pasukan Harimau Malaysia hari ini.

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan ini di kejohanan futsal AFF 2008 dimana kemenangan berpihak kepada pasukan Harimau Malaysia dengan jaringan 4-2.

Adakah Laos akan bangkit dan menjadi penghalang Harimau Malaysia pada petang ini? Sama-sama kita nantikan. Semoga berjaya buat para pemain Harimau Malaysia.