8 Sebab MKN harus mempertimbangkan TM Piala Malaysia boleh diteruskan.

Beberapa hari ini isu bola sepak menjadi hangat apabila mendapat kenyataan rasmi bagi menangguhkan perlawanan TM Piala Malaysia 2020 sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Info ini dimaklumkan menerusi telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Walau bagaimanapun, ianya mendapat tentangan hebat daripada penyokong bola sepak tanah air. Ramai yang berpendapat bahawa ianya perlu diteruskan dan belum ada kluster yang melibatkan bola sepak. Menerusi akaun twitter, Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia, Christopher Raj Aralanthu meminta perkara ini dipertimbangkan di atas beberapa faktor. Antaranya :

  1. Pertandingan boleh dijalankan di gelanggang yang terletak di negeri bukan di bawah PKPB misalnya Pahang, Kelantan & Perlis.
  2. Kepadatan jadual akan dirasai oleh pasukan sekiranya Piala Malaysia ditangguh sehingga tahun 2021, mengambil kira kalendar pertandingan AFC.
  3. Setiap pasukan perlu membayar gaji para pemain dan pegawai pasukan sehingga bulan Disember. Ini akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan.
  4. Tiada kes Covid melibatkan pemain dan pegawai bola sepak. Mereka telahpun menjalani swab test sebelum pertandingan dijalankan dan telah menjalani kuarantin kendiri.
  5. Malah ada kluster melibatkan sukan golf tetapi tiada tindakan diambil untuk menutup operasi golf.
  6. J League, K League, EPL, Serie A ada kes, tetapi tetap dilangsungkan seperti biasa. Ada yang benarkan kehadiran penonton dengan kapasiti kecil.
  7. Format pertandingan telah diubah kepada kalah mati, berbanding format separa liga sebelum ini. Hanya 15 perlawanan sahaja untuk musim ini. Tempoh pertandingan lebih singkat.
  8. Kehadiran di stadium hanya melibatkan pemain, pegawai pasukan, pegawai pertandingan, ball boy, anggota perubatan, anggota keselamatan, petugas media, dan krew penyiaran tanpa kehadiran penonton.

Mohon agar pihak MKN dapat berbincang dulu dengan pemegang taruh untuk mencari solusi yang terbaik. Saya yakin pasukan sentiasa patuh dan mengamalkan SOP yang disediakan dalam memastikan penularan Covid-19 dapat dikawal.

Jadi, apa pula pendapat anda? Bagi kami di AFM, mungkin perkara ini perlu dipertimbangkan atas sebab-sebab yang munasabah. Mungkin boleh buat research macam mana negara-negara eropah teruskan game dorang walaupun ada kalangan mereka yang positif. Walau apapun, arahan tetap arahan. Steady geng!