8 Pelajar Malaysia Bawa Nama Negara Di Mesir

8 rakyat Malaysia yang merupakan pelajar di Universiti Al Azhar, Mesir telah membawa nama negara untuk beraksi di Parliament for Foreign Students in Al Azhar Al-Shareef Futsal Championship 2018 - Olimpic Azhar.

Kejohanan tahunan ini yang berlangsung di Stadium Kaherah telah melibatkan 40 negara dan Malaysia tidak melepas peluang untuk beraksi di kejohanan ini.

Edisi tahun ini adalah penyertaan ke-3 skuad Malaysia dan mereka terkandas di pusingan kedua tewas kepada negara Rwanda di penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3.

Walaupun tewas skuad Malaysia telah memberikan aksi yang terbaik sepanjang kejohanan ini yang berlangsun dari 21 hingga 27 Februari lepas.

Malaysia yang dundi dalam Kumpulan H bersama pasukan Somalia, Iraq, Maldives dan Afrika Selatan berjaya menamatkan di kedudukan pertama selepas menang semua perlawanan.

Berikut merupakan result diperingkat kumpulan :

MAS 3-2 Somalia
MAS 14-0 Maldives
MAS 10-2 Iraq
MAS 4-1 Afrika Selatan

Berkongsi pengalaman bermain di sana, penjaga gol Malaysia, Harithah Suhaimi memberitahu beraksi di kejohanan ini adalah satu pengalaman yang amat menarik. Walaupun ia bukan di peringkat tinggi, namun saingan semua pasukan amat kuat dan kompetitif.

"Bermain dengan pemain-pemain dari Afrika ini agak sukar kerana mereka mempunyai kelebihan dari segi tubuh badan yang besar. Corak permainan agresif mereka memberi kesukaran kepada kami", kata Harithah.

Senarai pegawai dan pemain pasukan Malaysia:

Nama Pengurus : Munawir bin Mohamed Noh
Nama Jurulatih : Mohd Yasser bin Abdul Ghani

Nama Pemain :

1. Muhammad Harithah bin Suhaimi

2. Wan Ahmad Bukhari bin Mohd Nor

3. Mohamad Amirul Safwan b Abdul rahman

4. Ariffuddin bin Aree

5. Muhammad Abdul Hakim Bin Othman

6. Adib bin Azimat

7. Muhammad Najmi Syazli b Shahar

8. Mohamad Fathi b Sabri