5 Pemain Bola Sepak Malaysia Yang Paling HOT! di Socmed. Korang agak siapa?

Tak pelik kalau pemain bola sepak terkenal mengalahkan artis. Mana tidaknya, kebanyakan semua lapisan masyarakat tahu identiti mereka. Kalau untuk perempuan, tak lain tak bukan sebab handsome. Kalau lelaki, mestilah minat dengan kemahiran yang dimiliki pemain tersebut. Orang berusia, mesti kenal melalui pasukan yang diwakili pemain tu.

Jadi, ini 5 pilihan kami untuk pemain bola sepak Malaydia yang paling terkenal di sosial media (Instagram) dengan jumlah followers yang paling ramai.

  1. Muhammad Safawi Rasid (896k)

Safawi Rasid pemain muda kelahiran Dungun, Terengganu kini semakin mengorak langkah di eropah. SR pernah menerima pendidikan di Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas (SSTBN) mula meningkat naik ketika bersama pasukan T-Team sebelum menerima tawaran ke Johor Darul Takzim (JDT). 2017 dia mula bersama JDT dan kini bersama pasukan Portimonense S.C secara pinjaman.

Penampilan bersama skuad HM :

  • Malaysia U18 (3)
  • Malaysia U23 (26)
  • Malaysia (27)
  • Muhammad Akhyar Abdul Rashid (808k)

Pemain di posisi sayap berusia 21 tahun ini sering mempamerkan aksi-aksi lincah dalam permainan. Walaupun banyak kontroversi tentang pemain ini, ianya tidak menghalang Akhyar atau dipanggil Mat Yat dalam kalangan penyokong Kedah untuk terus beraksi dalam padang. Dia sebelum ini bersama pasukan Kedah FA dan kini meneruskan kariernya di JDT bermula tahun lalu.

Penampilan bersama skuad HM :

  • Malaysia U19 (14)
  • Malaysia U23 (24)
  • Malaysia (23)
  • Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak (725k)

Ada yang tak kenal Zaquan Adha? Pernah menjadi kegilaan para gadis waktu dia bujang dulu dengan ketampanan yang dimiliki. Tambah lagi, dia ada kembar seiras iaitu Aidil Zafuan. Zaquan atau digelar ‘Shark’ kini berusia 33 tahun telah banyak menyertai pasukan di Liga Malaysia. Antaranya, negeri kelahirannya Negeri Sembilan, ATM, JDT, JDT II, Perak, Kuala Lumpur dan Kedah. Namun, masih belum tahu pasukan manakah yang akan disertainya pada musim hadapan.

Penampilan bersama skuad HM :

  • Malaysia U20 (22)
  • Malaysia U23 (19)
  • Malaysia (35)
  • Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (532k)

Kalau tadi adik, ini abangnya pulak. Pemakai jersi bernombor 7 ini kini masih lagi bersama pasukan termahal di Asia Tenggara, JDT. Pada tahun 2012, dia bersama kembarnya sertai JDT. Namun, adik kembarnya meninggalkan JDT lebih awal. Aidil sebelum ini bersama pasukan Negeri Sembilan dan ATM.

Penampilan bersama skuad HM :

  • Malaysia U20 (10)
  • Malaysia U23 (16)
  • Malaysia (59)
  • Khairul Fahmi Che Mat (517k)

Penjaga gawang yang memiliki paras muka ala-ala cina ini turut menjadi kegilaan gadis dulu. Khairul Fahmi atau Apek merupakan anak kelahiran Kelantan ini pernah menerima Anugerah Penjaga Gol Terbaik selama 4 tahun berturut-turut (2010-2013). Pada tahun 2010, dia turut menerima anugerah Pemain Muda Terbaik. Setelah setia bersama pasukan Kelantan sejak 2009, pada tahun 2018 Apek berhijrah ke Melaka United dan bersama pasukan itu sehingga kini.

Penampilan bersama skuad HM :

  • Malaysia U23 (28)
  • Malaysia (46)