5 Kejohanan bakal dihadapi Skuad Futsal Kebangsaan bagi tahun 2017

5 kejohanan besar akan dihadapi skuad futsal kebangsaan untuk tahun 2017 ini. Ini merupakan tahun yang agak sibuk buat skuad futsal kebangsaan berbanding tahun-tahun lain.

Selain daripada itu, LFK juga akan kembali pada tahun ini dan ia dijangka akan bermula pada 4 Februari ini. Dengan kembalinya LFK pada bulan hadapan ia akan membuka peluang buat barisan jurulatih futsal kebangsaan yang diketuai oleh Coach Chiew Chun Yong untuk menilai para pemain baru untuk dibawa ke kem futsal kebangsaan.

Beliau akan membuat penampilan pertamanya sebagai ketua jurulatih pasukan futsal Lelaki di Bangkok, Thailand 23 Januari ini bagi Kejohanan Futsal AFF dimana Malaysia telah diundi untuk berada di kumpulan B bersama Brunei, Indonesia, Loas dan juga Myanmar.

Berikut merupakan kejohanan yang akan dihadapi oleh Skuad Futsal Kebangsaan bagi tahun 2017 :

1. AFF Futsal Championship 2016

Bangkok, Thailand 23 - 31 Januari 2017

2. AFC U-20 Futsal Championship 2017

TBC, 20 - 30 April 2017

3. SEA Games 2017

Kuala Lumpur, Malaysia 15 - 29 Ogos 2017

4. Asian Indoor and Martial Arts Games (AIMAG) 2017 

Ashgabat, Turkmenistan 17 - 27 September 2017

5. AFF Futsal Championship 2017

Ho Chi Minh, Vietnam 1-11 November 2017