4 Penjaga Gol Muda Yang Perlu Diberi Perhatian di Liga Malaysia 2021

4 Penjaga Gol Muda Yang Perlu Diberi Perhatian di Liga Malaysia 2021

Sekarang ni, terlalu banyak rumours tentang perpindahan pemain dan jurulatih dalam arena bola sepak tanah air. Normal la tu kan bila menjelang musim baru. Masing-masing nak mantapkan pasukan.

Jadi, hari ini kami nak kongsikan informasi tentang analisis mengenai penjaga gol muda kita yang pernah diturunkan dalam MSL20 menurut OptaJ. Analisis ini melihat dari sudut penampilan, minit permainan dan save percentage.

  1. Muhammad Rahadiazli bin Rahalim (Terengganu FC)
    • Membuat 5 penampilan
    • 438 minit dalam permainan
    • 75% save percentage

Penjaga gol termuda dalam liga Malaysia ketika ini yang berusia 19 tahun juga merupakan pelatih skuad kebangsaan B-19 diberi kepercayaan oleh Nafuzi Zain selaku ketua jurulatih TFC apabila disenaraikan kesebelasan utama pasukan itu.

First debut Rahadiazli bersama skuad senior TFC pada 1 Mac ketika menentang Perak. Walaupun tewas 1-3, namun prestasinya pada perlawanan itu memberi suntikan semangat baru buatnya.

Berdasarkan statistik penampilan penjaga gol TFC musim ini, Rahadiazli telah membuktikan dia mampu bersaing dengan penjaga gol utama TFC, Sharmiza Yusoff.

Sharmiza : 5 apps, 450 mins, 2 clean sheet
Rahadiazli : 5 apps, 437 mins, 2 clean sheet

Difahamkan, Rahadiazli telah menolak beberapa tawaran dari pasukan lain untuk terus beraksi di TFC musim depan. Dia bertekad untuk meningkatkan lagi prestasi sebelum pasukannya beraksi dalam kancah Piala AFC 2021.

  1. Muhammad Azri bin Abdul Ghani (Kedah)
    • 3 penampilan
    • 210 minit dalam permainan
    • 85.71% save percentage

Penjaga gol skuad B-19 negara yang menjuarai Kejuaraan AFF B-19 2018 ketika di bawah kendalian Bojan Hodak telah membuat 3 penampilan bersama skuad senior Kedah.

Azri Ghani merupakan penjaga gawang ke-3 untuk pasukan Kedah FA telah membuat penampilan pertama ketika menentang Melaka United pada Oktober lalu. Ianya memberi peluang kepada pemain muda ini turun beraksi apabila Ifwat Akmal Chek Kassim dan Shahril Sa’ari mengalami kecederaan.

Namun, sedar akan persaingan dalam merebut kebelasan utama pasukan, penjaga gol kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini telah menolak tawaran daripada Kedah dan lebih memilih ke pasukan The Bos Gaurus musim hadapan.

Namun, ada khabar angin mengatakan penjaga gol utama Perak, Hafizul Hakim berkemungkinan tidak akan bersama pasukan itu lagi. Sekiranya benar apa yang diperkatakan, mungkin ini peluang keemasan untuk pemain muda ini mengorak langkah.

3.Muhammad Azfar Arif bin Mohd Sukri (UITM FC)
• 6 penampilan
• 540 minit permainan
• 61.54% save percentage

Penjaga gawang UITM FC ini mungkin kurang dikenali, tidak seperti penjaga gawang pasukan lain. Mana tidaknya, pasukan UITM FC ini sendiri telah mencipta kejutan apabila berjaya melayakkan diri ke Liga Super buat julung kalinya musim ini. Rata-rata pemain mereka pun bukan pemain yang ternama.

Azfar Arif melakukan debut pertama di Liga Super musim ini menggantikan Haziq Aris yang mengalami kecederaan ketika pemanasan badan. Peluang itu disempurnakan dengan baik dengan rekod 3 menang ke atas PDRM, Pahang dan Terengganu serta 1 seri menentang Selangor dan 2 kalah kepada Perak dan Petaling Jaya City.

Akhir November lalu, dalam majlis memperkenalkan jurulatih musim 2021, pengurusan pasukan itu turut mengumumkan 9 senarai nama yang dilanjutkan kontrak pada musim hadapan. Antara nama mereka termasuklah Azfar Arif.

4.Mohammad Nasrullah bin Abdul Aziz (Perak)
• 6 penampilan
• 540 minit permainan
• 53.85% save percentage

Nasrullah lebih kurang sama jalan ceritanya dengan Azri Ghani. Dia merupakan penjaga gol yang ke-3 untuk pasukan ‘Yob’. Peluang keemasan itu diperolehinya apabila Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dan Khairul Amri Salehuddin mengalami kecederaan.

Peluang itu digunakan sebaiknya apabila muncul dalam 10 penjaga gol terbaik musim ini. Melihat akan prestasi Nasrullah dan Azri Ghani, masing-masing mempunyai 1 clean sheet bersama pasukan. Namun, antara mereka siapa yang bakal diletakkan sebagai penjaga gol utama pasukan The Bos Gaurus musim hadapan? Bersama kita nantikan.