4 Kebaikan Wanita Berfutsal

Sukan futsal sudah menjadi semakin popular dalam kalangan wanita. Walaubagaimanapun, masih ramai yang tidak dapat pendedahan tentang sukan ini. Ramai yang berpendapat bahawa sukan ini hanya dimainkan oleh lelaki sahaja. Tetapi, sekarang tidak lagi!

Namun begitu, ramai perlu tahu bahawa sukan ini mempunyai banyak kebaikan berbanding keburukannya. Di sini, penulis kemukakan 4 kebaikan utamanya. Antaranya adalah:

  1. Bakar kalori

Tidak kiralah apa jantina sekalipun, semakin banyak keringat atau peluh yang kita keluarkan, semakin banyak proses pembakaran lemak dan kalori dalam badan. Ini kerana, peluh yang keluar ketika berfutsal merupakan satu proses pembakaran lemak dalam badan.

Kita semua tahu, semakin banyak kalori yang kita bakar, semakin banyak kita dapat turunkan berat badan kita. Jadi, wanita mana yang taknak turunkan berat badan kan?

  1. Hilangkan stress

Banyak kajian telah membuktikan bahawa dengan bersukan dapat menghilangkan stress dan mencergaskan minda seseorang. Apabila kita berfutsal ia dapat melegakan salur darah sekali gus dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah yang sering kali menimbulkan kebimbangan.

Selain itu, dengan berfutsal juga kita mampu menyihatkan tubuh badan, menjaga kestabilan otak, mengasah otak kanan serta quick thinking iaitu kita perlu berfikir segera dan membuat keputusan dengan cepat di gelanggang.

Foto : https://www.google.com

  1. Meningkatkan kekuatan tulang

Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita dapat menguatkan tubuh badan dan meningkatkan kekuatan tulang seiring dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Kekuatan tulang amat penting dalam kehidupan dan hari-hari yang mendatang.

Kajian telah membuktikan, kepadatan tulang seseorang akan mencapai tahap maksimum pada usia 25 tahun. Oleh itu, kita perlu manfaatkan usia muda ini sebelum ianya terlambat.

  1. Meningkatkan keyakinan diri

Dalam setiap aktiviti seharian yang kita lakukan tidak kira bersukan atau di tempat kerja, kita memerlukan keyakinan yang tinggi dalam diri. Oleh itu, dengan berfutsal kita dapat membina keyakinan diri dalam diri seseorang sekali gus dapat membina semangat sepasukan.

 

Artikel : Wan Shahilla Nur Quratulainnie