32 Pasukan Merebut 5 Slot Ke Liga IPT 2018

7 hari lagi menjelang aksi Kelayakan Liga Futsal IPT (LFIPT) 2018 bermula. Pusingan kelayakan ini akan berlangsung di IIUM Kuantan, Pahang. Pusingan kelayakan ini, terhad kepada 32 pasukan sahaja untuk merebut 5 slot kekosongan untuk beraksi di Liga Premier.

5 pasukan yang berjaya akan bersaing bersama 7 pasukan yang kekal di liga iaitu KPTM Bangi, UNITEN Muadzam Shah, IIUM, UTHM, UUM, UiTM Pahang dan UMT.

Manakala di Liga Super pula, terdapat 8 pasukan yang bakal bersaing. Antaranya, juara bertahan, UiTM, UPSI, KK Malaysia, UKM, UniKL, UNITEN Putrajaya, Politeknik Malaysia dan UNISZA.

Berikut adalah jadual perlawanan bagi liga IPT 2018:

Untuk info lanjut, sila layari laman web www.futsalipt.com.my

 

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie