3 Perkara Menarik Tentang Jurulatih Veteran, Irfan Bakti

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Presiden Kuching City FC, Fazzrudin Abdul Rahman mengakui jurulatih yang berusia 69 tahun ini, Irfan Bakti Bin Abu Salim merupakan seorang pengendali pasukan yang berpengalaman luas dalam kalangan jurulatih tempatan. Oleh sebab itu, ia menjadi satu faktor utama pasukan KCFC mendapatkan khidmatnya.

Kuching City FC boleh dikatakan sebuah pasukan baru dalam liga bola sepak Malaysia. Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 2015 bagi menyertai Liga Bolasepak Rakyat (LBR). KCFC muncul juara pada edisi pertama LBR 2016 dan kini giat perkukuhkan pasukan bagi menghadapi kempen di liga Malaysia musim hadapan.

  1. Pengalaman yang sangat luas dalam liga bola sepak

Lebih 20 tahun Irfan Bakti mencurahkan khidmat sebagai ketua jurulatih pasukan kepada beberapa pasukan tempatan antaranya Selangor, Terengganu, Perlis, Telekom Melaka FC, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Di samping itu, dia juga pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih di Persipura Jayapura, Indonesia selama semusim dan berjaya menjuarai Wilayah Timur Divisyen Satu Liga Indonesia pada tahun 2007.

Meskipun pencapaian dari segi piala tidaklah sebaik jurulatih yang lain, tetapi beliau masih lagi menjadi antara jurulatih yang disegani.

Jadi, berkemungkinan besar dengan pengalaman yang dia miliki mampu mencorakkan pasukan serta memberikan aksi-aksi yang menarik untuk pasukan KCFC di saingan Liga Perdana 2021.

  1. Pencapaian yang diperolehi sepanjang karier jurulatih
    a. Pencapaian di Liga Super
    i. Juara bersama pasukan Pulau Pinang (2001)
    ii. Naib Juara bersama pasukan Telekom Melaka FC (2004, 05/06)
    iii. Naib Juara bersama Terengganu (2009, 2011)
    b. Pencapaian di Piala Malaysia
    i. Naib Juara bersama pasukan Negeri Sembilan (2000)
    ii. Naib Juara bersama pasukan Terengganu (2011)
    c. Pencapaian di Piala FA
    i. Juara bersama pasukan Pulau Pinang (2002)
    ii. Juara bersama pasukan Terengganu (2011)
    d. Pencapaian di Piala Sumbangsih
    i. Juara bersama Pulau Pinang
    e. Pencapaian di Liga Perdana
    i. Naib Juara bersama Telekom Melaka FC (2004)
    ii. Naib Juara bersama Felda United
  2. Sinonim dengan semangat dahagakan trofi. Dalam setiap perancangan dibuat pasti akan ada target yang jelas untuk dicapai. Meskipun di usia sekarang, Irfan jelas masih mampu bersaing dengan jurulatih-jurulatih muda serta moden.

Namun, berbeza kini dengan ‘cara’ Irfan sendiri. Kalau sebelum ini kita dapat lihat Irfan yang merancang pasukan termasuk pemilihan pemain tempatan/import. Sebaliknya kini, KCFC nyata telah mengesahkan kesemua pemain termasuk import.

Tapi, kita boleh contohi ketika dia mengemudi pasukan Terengganu pada 2009-2011. Irfan membentuk skuad emas Terengganu pada tahun itu dari ‘zero to hero’. Hasilnya, pada 2011, Irfan dan Terengganu menjadi naib juara (double) Piala FA dan Liga Super serta berjaya menjuarai Piala Malaysia pada musim tersebut.

Nampaknya, bertemu kembali di antara bekas jurulatih dan pemain Terengganu, Joseph Kalang Tie di bumi kenyalang. Mungkin keserasian dulu bakal bertaut kembali. Adakah Irfan tetap akan gunakan tektikal kegemaran dia, 4-1-4-1 dalam pasukan KCFC? Kita tunggu dan lihat bagaimana acuan yang bakal dicorakkan oleh Irfan nanti. Jadi, apa kata anda?

© Arena Futsal Malaysia – All Rights Reserved