25 Pasukan Merebut 8 Slot Ke Liga IPT 2017

Hari ini kejohanan Liga Futsal IPT 2017 membuka tirainya bermula dengan pusingan kelayakan yang berlangsung di Sport Complex, IIUM Kuantan. Sejak perubahan format liga pada musim lepas seperti biasa Liga IPT akan bermula dengan pusingan kelayakan terlebih dahulu dan sebanyak 25 pasukan bersaing untuk merebut 8 slot kekosongan untuk beraksi di Liga Premier.

8 pasukan yang berjaya untuk ke Liga Premier nanti akan disertai oleh 4 lagi pasukan yang iaitu pasukan UTHM, UiTM Pahang, IIUM dan juga UMT dimana mereka berjaya kekal di Liga daripada musim lepas dan tidak perlu bersaing di pusingan kelayakan.

Manakala bagi Liga Super pula 6 pasukan akan kekal beraksi iaitu juara bertahan UiTM, KK Selangor, UNIKL BMI, UPSI, Uniten Muadzam Shah, Uniten Putrajaya serta dua pendatang baru iaitu KPTM Bangi serta UKM.

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi Liga IPT 2017

  • Pusingan Kelayakan
    • 1-5 Mac 2017 - IIUM, Kuantan.
  • Liga Super & Liga Premier
    • Fasa 1
      • 7 - 9 April 2017 / USM, Pulau Pinang
    • Fasa 2
      • 28 April - 1 Mei 2017 / UMT & UniSZA , Terengganu
    • Fasa 3
      • 8 - 10 September 2017 / UPSI, Tanjung Malim
    • Borneo
      • 19 - 21 Mei 2017 / UNIMAS, Sarawak
  • Piala LFIPT
    • 5 - 8 Oktober 2017 / UNIMAS, Sarawak

Bagi kategori wanita pula pada musim ini akan ada sedikit perubahan dimana mereka tidak lagi akan beraksi di fasa sama bersama pasukan lelaki. Dua fasa akan diadakan bagi kategori wanita dan ia akan berjalan secara format karnival dan bukan liga seperti musim lalu.

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi Karnival Futsal IPT (Wanita) :

  • Karnival 1
    • 20 - 23 April 2017 / USM, Pulau Pinang
  • Karnival 2
    • 21 - 24 September 2017 / IIUM, Gombak.

Untuk info lebih lanjut sila layari laman web www.futsalipt.com.my