20 Pemain Wanita Dipanggil Menyertai Kem Latihan Pusat Fasa 3

20 pemain telah disenarai dan dipanggil ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Mohd Fairuz Mohd Noor untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 3 di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 18 Januari ini (Rabu).

Ia sebagai persiapan awal untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos 2017 selain Kejuaraan Futsal Wanita AFC dan Sukan Indoor Asia yang turut bakal berlangsung tahun ini.

Senarai pemain kali ini menyaksikan seramai 16 pemain dikekalkan daripada skuad 20 pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat sebelum ini. Empat muka baharu yang dipanggil terdiri daripada Nur Fadhilah Shaik Shaharuddin (Felda United), Amirah Sarah Mohd Fahmi (Selangor), Siti Aznidah Zamri (Selangor) dan Steffi Sarge Sergeant Singh (MPSJ FC).

Sementara itu, empat pemain - Noor Asyikin Mohamad Noor (Felda United), Nur Syuhadah Kamarudzaman (MPSJ FC), Nur Madihah Nadzari (Kedah) dan Fasrina Amira Amir Hamzah (Negeri Sembilan) diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana dari kalangan 20 pemain di atas mengalami kecederaan.

Kem latihan pusat Fasa 3 ini akan berlangsung selama 10 hari iaitu dari 18 Januari hingga 27 Januari 2017 di KSL Sports Puchong.

Senarai 20 pemain yang dipanggil :

  1. Nur Shazreen Munazli (MPSJ)
  2. Farin Shahida Azmi (MPSJ)
  3. Steffi Sarge Kaur Sergeant Singh (MPSJ)
  4. Naziratul Amira Ahmad Nazri (MPSJ)
  5. Norhidayah Mohd Amin (MPSJ)
  6. Siti Aznidah Zamri (Selangor)
  7. Zur'Ain Kamarudin (Selangor)
  8. Sity Norazizah Jamal (Selangor)
  9. Amirah Sarah Mohd Fahmi (Selangor)
  10. Nur Izzati Khairudin (Selangor)
  11. Nur Fadhillah Shaik Shaharuddin (Felda United)
  12. Farahiyah Muhd Ridzuan (Felda United) 
  13. Norhawa Md Yasin (Felda United)
  14. Hanis Farhana Shamsul Azizan  (Felda United)
  15. Zawani Nisha Habib Rahman  (Felda United)
  16. Farah Najihah Abdul Aziz  (Felda United)
  17. Noorasyiemah Mohd Rashid (Perak)
  18. Nuralin Shafika Omar (Kedah)
  19. Nor Faizah Md Akhir (UM)
  20. Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri (UTHM)

Sumber : FAM