20 Pemain Dipanggil Sertai Kem Latihan Sulung Skuad Futsal Wanita Negara

Menjelang Kejohanan Futsal AFC Wanita 2018 yang akan berlangsung pada 2-12 Mei depan di Thailand, 20 pemain wanita telah dipanggil untuk memasuki kem latihan futsal wanita sulung bermula hari ini.

20 pemain ini merupakan antara barisan pemain terbaik wanita yang dinilai di minggu pertama LFK tempoh hari.

Untuk makluman skuad kendalian coach Addie Azwan telah diundi dalam Kumpulan B bersama 3 negara lain iaitu Vietnam, Bangladesh dan Chinese Taipei.

Menurut laporan media, coach Addie berpendapat Vietnam merupakan pencabar utama namun dia tidak boleh memandang rendah juga saingan yang akan diberikan pasukan Bangladesh dan Chinese Taipei nanti.

Pada edisi 2015 pasukan negara berjaya meraih tempat keempat dan misi kita kali ini untuk memperbaiki pencaiapan ketika itu.

Berikut adalah nama-nama pemain yang tersenarai:

 

BIL

NAMA PASUKAN
1 Mastura Binti Majid Sabah
2 Asma Binti Junaidi Sabah
3 Rabiah Bishriyah Binti Abdul Kodir Sarawak
4 Nurul Hamira Yusma Binti Mohd Yusri Perak
5 Nur Haniza Binti Saarani Perak
6 Nur Madihah Binti Nadzari Perak
7 Nur Fadhilah Binti Shaik Shaharuddin Perak
8 Noorasyiemah Binti Mohamad Perak
9 Syazalina Binti Mohd Affandi Perak
10 Wan Zufirah Binti Mohd Nasir Selangor United MPSJ FC
11 Nur Shazreen Binti Munazli Selangor United MPSJ FC
12 Norhawa Binti Md Yasin Selangor United MPSJ FC
13 Steffi Sarge Kaur A/P Sergeant Singh Selangor United MPSJ FC
14 Masyira Binti Mohd Tajib Negeri Sembilan
15 Nur Izwani Binti Azman KL Felda United FC
16 Nur Izzati Binti Kahirudin KL Felda United FC
17 Hanis Farhana Binti Shamsul Azizan KL Felda United FC
18 Siti Asnidah Binti Zamri KL Felda United FC
19 Zur’ain Binti Kamarudin KL Felda United FC
20 Intan Sarah Anisah Binti Zulgafli KL Felda United FC

 

Nama pemain yang diminta untuk bersedia:

BIL

NAMA PASUKAN

1

Felicity Agnes Ng

Perak

2

Fatin Shahidah Binti Azmi

Selangor United MPSJ FC

3

Siti Nur Atiqah Binti Rashid

KL Felda United FC

4

Nor Faizah Binti Md Akhir

KL Felda United FC

5

Fasrina Amira Binti Abdullah

KL Imigresen FC

 

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie